Isnin, 21 November 2011

Travelog Haj 1432 - Rakaman sewaktu menziarahi Maqam Rasulullah SAW


Di bawah kubah hijau inilah jasad Rasulullah disemadikan.

Rakaman video ini diambil sewaktu SK berada di Masjid Nabawi di Bumi Al Madinah Al Munawwarah  pada pagi Jumaat 30 September 2011. Madinah masih tenang pagi itu. Jemaah haji masih belum ramai yang tiba. Anggaran 800 - 900 orang Jemaah haji Malaysia baru tiba pada tarikh itu.

Selepas selesai solat subuh, kelihatan jemaah berpusu - pusu menuju ke maqam Rasulullah untuk menziarahi baginda dan dua sahabat Baginda - Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Radiallahu anhuma. Para jemaah berbaris tenang. Mengucap salam dan berdoa. SK sempat membuat rakaman ini.

Beberapa tahun lalu, jemaah biasanya dihalang untuk mengambil gambar di dalam masjid. Kawalan ketat di pintu masuk. Jemaah yang membawa kamera akan diarah meninggalkan kamera di bilik khas. Hari ini halangan tersebut sudah tidak dikuatkuasa lagi. Teknologi telefon bimbit berkamera menyukarkan pihak masjid menguatkuasa halangan tersebut.

SK masih berhati - hati juga ketika membuat rakaman ini. Bimbang juga telefon bimbit dirampas petugas Masjid. Ada kalanya, ada juga jemaah warga arab akan membuat teguran supaya jangan membuat rakaman di dalam masjid.

Rakaman ini sekadar menunjukkan bagaimana suasana jemaah ketika menziarahi maqam Rasul untuk dikongsi bersama pembaca blog.









0 ulasan: