Khamis, 13 Jun 2013

Video dahsyat!! Pulau Pinang dilanda ribut.


Pulau Pinang dilanda ombak kuat setinggi 3.5 meter - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari ini.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.
 

"Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda,

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pelaut di sekitar negeri sebelah utara termasuk Kedah dan Perlis agar tidak keluar ke laut sehingga keadaan itu berakhir.
 
 

 
Ralat : Gambar di atas sekali bukan gambar yang diambil di Pulau Pinang. Terima kasih atas maklumat pembaca.

VIDEO RAKAMAN BENCANA MELALUI CCTV DI SINI











 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agak2 la. nak letak gmbar ombak kat china.. ni link asal dia.. http://www.hjnews.com/blogs/seeingthebigpicture/wp-content/uploads/2011/09/best-018.jpg

Unknown berkata...

gambar di atas bukan di pulau pinang tapi di china.. ni link asal dia http://www.hjnews.com/blogs/seeingthebigpicture/wp-content/uploads/2011/09/best-018.jpg

suraukini berkata...

Terima kasih atas info yang diberi.