Rabu, 16 November 2011

Travelog Haji 1432 - Bumi Arafah kian menghijau



Bumi Arafah yang kian hijau

Ketika SK menjejakkan kaki kali pertama di bumi Arafah pada tahun 1993, Arafah ketika itu sangat panas. Kering kontang dengan batu dan pasir yang amat panas. Cabaran berwukuf ketika itu sangat terasa. Panasnya membakar kulit kepala. SK masih ingat bagaimana panasnya berwukuf tanpa khemah dan pokok. Allah saja yang maha mengetahui.

Ujian di Arafah sangat terasa ketika itu. Lautan manusia. Sesak dan panas. Allah saja yang maha mengetahui.

Gambar di atas adalah gambar pokok Bambu di Padang Arafah. Ada juga yang memanggilnya pokok Semambu. Seingat SK, pada tahun 1993 pokok bambu ini baru separas pinggang tingginya . Kini selepas 18 tahun, segala - galanya telah banyak berubah. Pokok Bambu kini sudah mencecah ketinggian antara 20 - 25 kaki. Arafah tidak sepanas 18 tahun lalu. Jemaah haji Malaysia ramai yang berteduh di bawah khemah. Khemah pula diteduhi pohon bambu ini. Cabaran berwukuf hari ini tidak sehebat berwukuf 18 tahun lalu.

Di Malaysia orang Melayu kita menggunakan daun pokok bambu ini sebagai ubat untuk penyakit demam campak. Menurut setengah - setengah 'riwayat' yang SK dengar, ada yang mengatakan bahawa  penanaman pokok bambu di tanah Arafah ini adalah atas cadangan Presiden Suharto kepada Kerajaan Arab Saudi. Presiden Suharto mencadangkan agar pokok ini ditanam dan dapat meneduhkan para jemaah. Bumi Arafah kian menghijau.

Hijaunya bumi Arafah adalah sebahagian tanda - tanda hampirnya hari kiamat

 Wallahu a'lam

SK sempat merakam beberapa gambar di Arafah untuk dikongsi bersama.

Kawasan perkhemahan Jemaah Haji Malaysia di Arafah

Video ringkas ini akan memberi sedikit gambaran bagaimana suasana khemah jemaah Haji di Arafah. SK menginap di khemah yang bersebelahan dengan surau Maktab 87.



Beberapa Kelebihan Hari Arafah!

Ummul Mu’minin Aisyah ra bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak ada suatu hari yang Allah lebih banyak membebaskan seorang hamba dari api neraka melainkan hari Arafah.

Sesungguhnya Allah mendekat dan berbangga dihadapan para malaikatNya seraya berkata, “Apa yang mereka inginkan? ( tentu Aku kabulkan) (HR Muslim)

Imam Nawawi berkata: “Hadits ini jelas sekali menunjukkan keutamaan hari Arafah”. (Syarah Shahih Muslim)

Demikian pula Allah memuji para jamaah haji yang wuquf di Arafah. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membanggakan orang - orang yang wuquf di Arafah kepada para malaikat. Allah berkata kepada mereka, “Lihatlah para hambaKu, mereka dalam keadaan kusut dan berdebu”. (HR Ahmad, Ibnu Khuzaimah, al-Albani berkata: sanadnya shahih)




0 ulasan: