Maahad Tahfiz AnNur. Maahad tahfiz ini memulakan sessi pengambilan anak-anak tahfiz pada 1 Januari 2008.
Pada asalnya hanya satu unit rumah disediakan untuk menempatkan
sebilangan pelajar-pelajar dari golongan anak yatim dan bukan anak
yatim. Kini Maahad Tahfiz ini telahpun mempunyai 4 unit rumah teres dimana salah satu dari unit tersebut dikhaskan untuk pelajar perempuan.
Jumlah pelajar terkini adalah melebihi 100
orang (yatim & bukan yatim). Jumlah ini semakin bertambah sejajar
dengan cita-cita ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka lahir
sebagai seorang tahfiz yang berwibawa di dunia dan akhirat. Apatah lagi
sekarang kita biasa dengar ungkapan "Satu Rumah Satu Tahfiz".
Kami pengendali Maahad Tahfiz
ini, memohon jasa dan kemurahan hati YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dan
semua Dermawan agar dapat bersama kami membantu meneruskan Maahad Tahfiz
ini memandangkan kami memerlukan perbelanjaan bulanan yang semakin
meningkat. Kami bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang telah
diberika oleh Hamba Allah yang sedikit sebanyak memastikan anak-anak Maahad Tahfiz ini dapat meneruskan perjuangan mereka.
Pihak Tahfiz An-Nur dan Anak-anak ini
mendoakan agar Para Dermawan yang pemurah ini dianugerahkan kesihatan
berpanjangan, umur yang berkat dan dimurahkan rezeki setiap masa dan
keadaan. Amin.
Kami sedang berusaha untuk menyediakan sebuah pusat tahfiz yang lebih selesa kepada anak-anak ini. Projek menyediakan bangunan Maahad Tahfiz ini telah dimulakan sejak awal tahun 2010 dan sehingga kini masih dalam pembangunan mengikut kemampuan kewangan.
Maklumat lanjut klik sini
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
0 ulasan:
Catat Ulasan