KOTA BHARU - Meskipun sudah menggunakan khidmat
70 orang bomoh dan ribuan ringgit dihabiskan untuk membayar upah mereka, api
misteri tetap mengganggu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga
Emas di sini.
Lebih mengejutkan, tidak sampai seminggu api
misteri itu mengganggu keluarga itu baru-baru ini, semalam gangguan itu datang
lagi ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengunjungi
rumah berkenaan bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Menteri Besar Kelantan itu mengunjungi rumah
tersebut dengan tujuan untuk mengadakan solat hajat dan membaca ayat-ayat suci
al-Quran bagi memohon Allah supaya menjauhkan keluarga itu daripada api misteri
itu. Malangnya kata Zainab, 75, api berkenaan muncul
di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumah ketika Nik Abdul Aziz sedang
mengadakan solat hajat di ruang tamu rumah mereka.
Tuan guru Nik Abdul Aziz menunaikan solat hajat dirumah mangsa gangguan api misteri
Bagaimanapun dalam kejadian kali ini, api
tersebut tidak membakar sebarang benda atau peralatan di rumah itu sebaliknya
hilang begitu sahaja. Zainab tetap gembira menerima kunjungan Menteri
Besar yang sudi membantu menyelesaikan masalahnya sekeluarga.
"Sudah 70 orang bomoh saya guna untuk hapuskan
gangguan ini, duit pula sudah habis ribuan ringgit kami sudah hilang punca untuk
menyelesaikannya," ceritanya ketika dihubungi di sini semalam. Episod serangan api misteri membabitkan sebuah
keluarga tersebut bagaikan tiada penghujungnya selepas kali pertama berlaku tiga
tahun lalu.
Sepanjang tempoh tersebut, Zainab yang tinggal
bersama menantunya, Rafeah Zakaria, 40, dan tiga cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan
Hanafi, 15, Wan Norfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, terus dihantui keresahan
kerana serangan tersebut tidak pernah berhenti.
Sepanjang Aidilfitri lalu, keluarga tersebut
terpaksa bersengkang mata apabila api misteri berkenaan kembali mengganas dengan
serangan antara empat hingga enam kali sehari membakar pelbagai peralatan rumah
termasuk pakaian.
SK : Jin la tu!
0 ulasan:
Catat Ulasan