Ahad, 16 Januari 2011

Persiapan terakhir untuk majlis perjumpaan bersama ibu bapa Pelajar Tahfiz


Jam menunjukkan 12.07 tengah malam.

Baru saja menyiapkan dan mengemaskini dan menyemak dokumen - dokumen perlu untuk kegunaan Majlis Perjumpaan bersama ibu bapa pelajar Tahfiz selepas zohor esok. Mudah - mudahan majlis berjalan lancar. Jawatankuasa sambutan telah dibentuk malam kelmarin. Meeting bersama Ustaz Azhari dan lain - lain AJK yang penuh komited berjalan lancar.

Ketika jari mengetuk - ngetuk papan kekunci komputer riba ini,  otak masih memikirkan tentang masalah pengangkutan pelajar tahfiz. Mudah - mudahan Allah menunjukkan jalan penyelesaian terbaik. 

Cuma Firman Allah ini saja menjadi penyejuk hati  :

"Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan Al Quran , dan kami lah yang memelihara dan menjaganya".

Bersama menadah tangan kehadratNya........


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 









 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: