Isnin, 17 Januari 2011

Gambar sekitar pembinaan tandas tambahan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

Wak Selawi bergaya di tapak projek dengan baju belang

Suraukini mengambil kesempatan mengucapkan terimakasih kepada semua yang telah berkorban masa dan tenaga dan wang ringgit untuk kerja pembinaan bilik mandi tambahan Pusat tahfiz Ad Diniyyah. Selepas 17 hari menunggu, akhirnya bilik mandi dan tandas pelajar  siap dan sedia untuk digunakan.

Pihak pengurusan tahfiz juga telah membeli satu set pam air untuk mempastikan air mandi di pancuran bertekanan tinggi. Terimakasih Wak salawi And the gang yang menguruskan pembinaan. 

Gambar sekitar pembinaan tandas tambahan  Pusat Tahfiz Ad Diniyyah









0 ulasan: