Isnin, 17 Januari 2011

Pesawat Penumpang menjelang 2025 macam burung



Pesawat penumpang pada tahun 2025 menyerupai seekor burung. Mahasuci Allah yang mencipta burung , Allah kurniakan sayap kepada burung untuk terbang di awan biru. Berapa cerdik pun manusia mencipta , pastinya tidak dapat menandingi kehebatan Allah yang Maha Pencipta

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan gambar generasi baru pesawat penumpang pada 2025, lapor sebuah akhbar semalam. Ia mendedahkan konsep reka bentuk bagi menggambarkan penerbangan yang mempunyai enjin tidak terlalu bising dan penggunaan tenaga yang efisen. Tiga buah syarikat gergasi penerbangan, Lockheed Martin, Northrop Grumman dan The Boeing Company mengemukakan pelbagai reka bentuk itu pada hujung tahun lalu.

Ketiga-tiga syarikat itu memenangi kontrak daripada NASA untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan sekali gus menguji konsep tersebut pada tahun ini. Reka bentuk itu dikemukakan selepas NASA mendedahkan bahawa ia mahu membina pesawat super yang lebih laju, lebih besar dan tidak bising selain penggunaan bahan bakar yang lebih efisen serta mesra alam.

Kini setiap syarikat tersebut akan meneroka, menguji dan membuat simulasi reka bentuk masing-masing dalam tahun ini dengan harapan NASA akan memilih salah satu ciptaan yang dikemukakan itu. - Agensi

0 ulasan: