ACEH - INDONESIA. Seramai 97 orang disahkan terbunuh dan ratusan cedera dalam satu gempa bumi berukuran 6.4 skala ritcher di Aceh pagi tadi lapor BBC news.
Ketua tentera Aceh, Tatang Sulaiman mengesahkan perkara tersebut serta mengatakan bahawa kemungkinan besar bahawa masih ramai yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan rumah-rumah dan bangunan.
“Setakat ini, 97 orang terbunuh dan jumlah terus meningkat,” katanya dalam satu temu bual langsung.
Pada 2004, gempa bumi yang melanda dasar laut di luar pantai Aceh menyebabkan tsunami yang mengorbankan lebih 170,000 orang di Indonesia sahaja dan juga beberapa negara lain termasuklah Malaysia.
Bagaimanapun, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengesahkan bahawa tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian gempa terbabit. Kawasan yang paling teruk dilanda gempa adalah Pidie Jaya yang terletak sepanjang pantai di Utara Aceh, kira-kira 110 kilometer dari ibu kota Banda Aceh dan mempunyai penduduk kira-kira 150,000 orang.
Dianggarkan lebih daripada 200 kedai-kedai dan rumah-rumah telah musnah berserta dengan 14 buah masjid, sebuah sekolah dan hospital.
Wakil Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Nugroho mengatakan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.
“Masih ramai lagi penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan dan operasi mencari dan menyelamat menggunakan jentera berat masih dijalankan.
“Mudah-mudahan kita dapat menyelesaikan proses memindahkan kesan-kesan runtuhan ini sebelum matahari terbenam,” katanya lagi.
K R I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013 - 755 7011 / 013 279 1608
0 ulasan:
Catat Ulasan