Jumaat, 14 Januari 2011

Tabung pembelian Van untuk Pusat Tahfiz dilancarkan


Gambar hiasan sahaja

Selepas 2 minggu Pusat Tahfiz Ad Diniyyah beroperasi , tidak terdapat banyak masalah yang timbul di Pusat Tahfiz ini. Rutin harian berjalan lancar. Makan, minum, tempat tingggal, ruang riadah dan beribadah, ruang makan, jadual pengajian penuh disiplin, semuanya nampak teratur.

Pergerakan nampak sedikit tidak tersusun pada hari Jumaat kerana masalah pengangkutan. AJK menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kenderaan untuk membawa pelajar menunaikan solat Jumaat. Masalah juga timbul pada hari Sabtu dan Ahad untuk membawa pelajar ke Pusat Tuisyen Akademik Maju untuk mengikuti kelas Akademik hujung minggu. Pengangkutan pelajar menjadi masalah. Jawatankuasa pernah berbincang dengan beberapa pengusaha Bas Sekolah untuk menyewa secara tetap dengan bayaran bulanan, tetapi harga yang diberikan amat tinggi dan tidak berbaloi.

Bagaimanapun, Suraukini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK Pusat Tahfiz yang berjaya menguruskan pergerakan pelajar ke Masjid dan Pusat Tuisyen untuk tempoh 2 minggu ini. Bagi mempastikan masalah ini tidak berpanjangan maka AJK Surau dalam mesyuarat pada mingggu lepas telah memutuskan untuk melancarkan TABUNG WAKAF PEMBELIAN VAN PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH.

Individu yang berminat untuk sama - sama menginfakkan kemewahan dunia ke tabung ini sila hubungi 013-2791608 atau terus menyumbang ke akaun berikut

NAMA AKAUN: PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH

BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
NO AKAUN: 14069010024005

Resit rasmi akan dikeluarkan. Keterangan lanjut 013-2791608 / 013-3672260

Urvan?

Van jenis apa nak dibeli????? Insyallah AJK akan putuskan dalam mesyuarat bila kewangan mencukupi.
Selamat melabur Amanah Saham Akhirat! Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.







0 ulasan: