Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Tsunami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tsunami. Papar semua catatan

Rabu, 2 April 2014

Amaran Tsunami dikeluarkan - Gempa di Chile (Video)


 
CHILE: Amaran tsunami dikeluarkan di Chile, Peru dan Ecuador susulan satu gempa bumi berukuran 8.0 magnitud yang menggegar lautan di Chile hari ini, menurut kenyataan pegawai di Amerika Syarikat.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 8.46 malam waktu tempatan (2346 GMT) di kedalaman 10 kilometer, 83 kilometer dari Iquique di utara Chile, kata Pusat Geologi Amerika Syarikat.

Amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii.

Pihak berkuasa Chile turut mengeluarkan amaran yang sama.

Pada Februari 2010, bahagian tengah dan selatan negara itu dilanda gempa bumi besar berukuran 8.8 magnitud diikuti tsunami yang memusnahkan beberapa bandar di negara tersebut.

Lebih 500 terbunuh dan melibatkan kerosakan lebih ASD30 bilion pada infrastruktur negara itu.  ~awani
 





S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


















 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 26 Disember 2012

Ulangtahun ke 8 - Tsunami Acheh 26 Disember 2004

Masjid Baiturrahman Acheh.

Hari ini genap 8 tahun bencana yang meragut ratusan ribu nyawa. Saksikan video kompilasi Tsunami 2004 Boxing day. Kematian yang sangat hampir....
 

 



Sabtu, 8 Disember 2012

Jepun bergegar lagi - Video Tsunami di Jepun 07 Disember 2012

BEBERAPA anggota bomba membuat rayuan bagi meminta penduduk berpindah ekoran kejadian gempa bumi di Rikuzentakata, timur laut Jepun semalam.
 
TOKYO - Tsunami setinggi satu meter dilaporkan melanda timur laut Jepun semalam selepas gempa bumi kuat berlaku sehingga mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang selamat. Beberapa buah bangunan tinggi di Jepun berhayun selama beberapa minit. Stesen-stesen penyiaran turut meminta penduduk yang tinggal di pesisiran pantai untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi apabila gegaran gempa bumi tersebut dapat dirasakan di timur laut negara ini.
 
Perkhidmatan telefon mengalami 'kesesakan' akibat bilangan panggilan yang dibuat terlalu banyak.
Bagaimanapun, amaran tsunami itu kemudian ditarik balik pada pukul 7.20 malam waktu tempatan dua jam selepas gempa bumi tersebut berlaku. Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.18 petang itu berukuran 7.3 pada skala Richter.
 
Ahli-ahli meteorologi menyatakan tsunami setinggi satu meter itu berlaku di bandar Ishinomaki pada pukul 6.02 petang waktu tempatan. Pada 11 Mac 2011, bandar itu dilanda tsunami sehingga mengakibatkan kemusnahan yang besar. Gempa bumi tersebut mengakibatkan 19,000 orang terbunuh dan 325,000 lagi hilang tempat tinggal ekoran kekuatannya ialah 9.0 Richter.
 
Tiada laporan tentang kematian ekoran kejadian gempa bumi terbaharu itu. Bagaimanapun, tiga orang dilaporkan cedera ringan di timur Jepun. Beberapa tsunami kecil dilaporkan turut berlaku termasuk setinggi 40 sentimeter di bandar Soma. Menurut stesen penyiaran NHK, kira-kira 5,000 orang berpindah ke kawasan lebih selamat di Miyagi, timur laut Jepun. Stesen penyiaran tersebut juga meminta orang berpindah dengan mengimbas kembali kejadian tsunami yang berlaku pada Mac tahun lalu.
 
Gempa bumi itu berlaku 36 kilometer (km) di bawah dasar Lautan Paisifik dan berpusat 284km ke timur Sendai. Dua lagi gempa bumi susulan yang berukuran 6.2 dan 5.5 Richter turut berlaku.
Seorang sukarelawan di sebuah pusat pemulihan gempa bumi di Minami-Sanriku, Aiko Hibiya berkata, dia berada di rumah rakannya ketika gempa bumi tersebut berlaku.
 
"Gegaran gempa bumi itu berlaku bagi tempoh yang lama," katanya.
 
Gempa bumi itu juga tidak menjejaskan loji tenaga nuklear yang dikendalikan oleh Syarikat Tokyo Electric Power Co. Sebelum ini sebuah loji nuklear di Fukushima rosak akibat tsunami yang berlaku pada 11 Mac tahun lalu. - Agensi
 


 
 
 



Selasa, 28 Ogos 2012

Video saat getir dihanyut Tsunami



Video pengalaman ngeri seorang pemandu kereta di Jepun. Saat Tsunami melanda negara itu tahun lalu. Pemandu ini terselamat dari bencana tersebut. Rasai pengalaman pemandu Jepun ini ketika dihanyutkan oleh gelombang Tsunami. Umurnya masih panjang. Yang menariknya dia sempat merakam saat - saat getir tersebut.
 
Saksikan video 9 minit ini.
 

 





Rabu, 15 Ogos 2012

Rama - rama cacat di Fukushima ! Stop Lynas!


 
TOKYO - Beberapa mutasi genetik ditemui pada tiga generasi rama-rama dekat loji nuklear Fukushima yang tidak lagi beroperasi, kata beberapa saintis semalam. Penemuan tersebut meningkatkan kebimbangan penduduk setempat bahawa radiasi akibat kebocoran loji nuklear akan memberi kesan ke atas spesies lain.

Beberapa saintis berkata, kira-kira 12 peratus larva rama - rama pale grass blue yang terdedah kepada radiasi nuklear selepas bencana tsunami melanda timur laut Jepun pada Mac 2011 didapati mengalami keganjilan seperti mempunyai kepak kecil dan mata yang rosak.

Seorang saintis berkenaan, Joji Otaki yang merupakan profesor madya di Universiti Ryukyu, Okinawa memberitahu, semua serangga tersebut dibiakkan di dalam sebuah makmal di luar zon radioaktif dengan 18 peratus anak rama-rama berkenaan memiliki masalah yang sama.

Bagaimanapun, angka tersebut meningkat kepada 34 peratus apabila melibatkan generasi ketiga spesies berkenaan. Kumpulan penyelidik tersebut turut mengumpulkan sebanyak 240 ekor rama-rama di Fukushima pada September tahun lalu iaitu enam bulan selepas bencana tsunami tersebut berlaku.
Otaki berkata, sebanyak 52 peratus serangga itu mempunyai sifat abnormal sekali gus merupakan satu nisbah yang tinggi. - AFP
 
 



 











 

Rabu, 11 April 2012

Gempa di Acheh!! Amaran Tsunami ditarik balik


AMARAN TSUNAMI MALAYSIA DITARIK BALIK

Amaran tsunami dikeluarkan selepas satu gempa bumi kuat magnitud 8.7 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS), Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur.

Kawasan gempa itu dalam lingkungan kawasan gempa sama yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang mengorbankan kira-kira 170,000 nyawa di Sumatra akibat tsunami yang melanda selepas gempa berkenaan.

Gempa itu juga mengorbankan kira-kira 230,000 orang di 13 negara sekitar Laut Hindi termasuk Thailand, Sri Lanka dan India.



Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. Beliau berkata pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak. Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Bernama turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit.

Di Kangar, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit. Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis.





VIDEO TERKINI AKAN MENYUSUL

Jumaat, 9 Mac 2012

Setahun Selepas Tsunami di Jepun



11 MAC 2011 - 11 MAC 2012

Selasa, 14 Februari 2012

Fukushima selepas Tsunami . Kini Bandar Hantu!!


Laporan gegaran di Jepun sebentar tadi


Sebentar tadi Jepun digegar lagi dengan gerak gempa berskala 6.0. Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan timur Jepun  (3.21 petang waktu tempatan) tetapi tiada amaran tsunami dan kerosakan dilaporkan di loji nuklear Fukushima.

Kajian Geologi Amerika Syarikat, berkata gempa bumi dicatatkan pada kedalaman 10 kilometer dikesan pada pusat gempa 166 kilometer dari timur laut Tokyo. 

Tahun lepas Jepun dilanda Tsunami yang membawa kepada bencana dan kerosakan teruk. Kerosakan teruk loji nuklear telah menyebabkan bandar Fukushima kini menjadi "Ghost Town"

Lihat video terkini rakaman suasana Fukushima yang kini boleh diibarat sebagai Bandar hantu. Tiada yang berani menetap di bandar ini kerana kadar radiasi masih sangat tinggi dan membahayakan nyawa.




Isnin, 26 Disember 2011

Tsunami 2004 - ulangtahun ke 7


 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 2 September 2011

Air sungai melimpah umpama tsunami



BEIJING – Seramai 20 orang cedera apabila air Sungai Qiantang melimpah dari tebing dalam satu fenomena alam semula jadi di timur China kelmarin. Ketika kejadian ramai orang berkumpul di tepi sungai itu untuk melihat arus deras yang menghempas tebing sehingga ia kelihatan seperti ombak besar.

Ia berlaku pada setiap tahun akibat graviti bulan yang menyebabkan arus deras dari laut bergerak ke sungai berkenaan.Namun, tanpa disangka-sangka kekuatan arus itu menyebabkan air sungai berkenaan melimpah umpama ombak tsunami menyebabkan orang ramai berlari sehingga ada yang terjatuh dan cedera dalam kejadian itu. – Agensi

 





 

Isnin, 11 April 2011

Pesawat kargo bawa pam air gergasi ke Jepun


ATLANTA, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah pesawat kargo gergasi Rusia di sini digunakan untuk membawa pam air antara yang terbesar di dunia ke Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.Pam seberat 95 tan berharga AS$2 juta (RM6.04 juta) itu diletakkan di atas lori 26 roda dan akan digunakan untuk menyembur air ke dalam loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun yang rosak akibat gegaran gempa bumi kuat pada 11 Mac lalu.

Ketua Pegawai Ekekutif Putzmeister Amerika, Dave Adams berkata, pihaknya berharap peralatan yang dikeluarkan syarikatnya akan dapat membantu kerajaan Jepun menyelesaikan masalah di loji jana kuasa nuklear itu.
 
Masalah yang berlaku di loji tersebut kini ialah pekerja-pekerja berusaha untuk menyejukkan reaktor nuklear selepas sistem penyejukan mengalami kerosakan. - Agensi - Kosmo
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja








 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Sabtu, 19 Mac 2011

Video Dramatik Tsunami - Bertarung nyawa antara hidup dan mati

Allahu rabbi. Ujian buat mereka. Peringatan buat kita semua.

 
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 17 Mac 2011

Lihat video ini, Tokyo sudah jadi macam Ghost Town


Video ini dirakamkan 22 jam yang lalu, suasana di Tokyo sepi seperti bandar hantu, sama seperti bandar  Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986. Sepi dan lengang.

Petikan dari kosmo

TOKYO, Jepun - Bandar raya ini yang merupakan antara yang paling sesak di dunia kini sepi seperti bandar hantu semalam dengan lokasi-lokasi tumpuan ramai termasuk restoran sushi dan kedai mi bertukar menjadi lengang.

Kebanyakan sekolah ditutup manakala pekerja-pekerja sektor swasta dibenarkan berada di rumah.

Lapangan terbang-lapangan terbang di sini pula dipenuhi dengan orang ramai berbaris panjang untuk menunggu penerbangan keluar dari sini. Situasi itu berlaku ketika pihak berkuasa Jepun bertungkus-lumus untuk mengelak negara itu ditimpa bencana nuklear akibat empat letupan di loji nuklear Fukushima yang bermula pada minggu lalu.
Loji nuklear tersebut yang dimiliki Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), terletak 240 kilometer dari bandar raya ini.

"Lihatlah sendiri, keadaan dalam bandar raya ini lengang seperti pada hari Ahad, langsung tiada kereta," kata seorang pemandu teksi berusia 62 tahun, Kazushi Arisawa ketika menunggu lebih sejam di luar sebuah menara pejabat yang mana sebelum ini, dia boleh mendapat pelanggan dalam masa cuma beberapa minit.
Kebanyakan penduduk di sini menyimpan makanan dan memilih untuk berada di rumah.






S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 










Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 16 Mac 2011

Sudah jatuh ditimpa tangga


Malang dan simpati sungguh kepada rakyat Jepun. Malang bertimpa - timpa. Itulah putaran alam dan kehidupan. Di saat mereka masih menangisi kehilangan rakan karib sahabat handai dan kaum kerabat, kehilangan tempat tinggal, ketiadaan air yang mencukupi, letupan reaktor nuklear. Tiba - tiba hari ini mereka diuji lagi dengan salji yang turun dengan lebat di sebahagian kawasan di Jepun.

Sudah jatuh ditimpa tangga!!



Selasa, 15 Mac 2011

Video Selepas Tsunami

Reaktor nuklear Jepun meletup lagi


Satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

"Ada letupan besar kedengaran di antara jam 6 pagi dan 6:15 pagi di reaktor nombor dua iaitu loji nuklear No 1 Fukushima," kata jurucakap Tokyo Electric Power Co kepada AFP.

Kerajaan juga melaporkan kerosakan di bahagian bekas yang melindungi reaktor yang sama di Fukushima iaitu 250 kilometer, timur laut Tokyo walaupun tidak pasti sama ada kejadian itu menyebabkan letupan.
Ketua Setiuasaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar berkata, kolam penahan di reaktor nuklear nombor dua mengalami kerosakan.

Sementara itu, agensi berita Kyodo, melaporkan paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan.Tahap berkenaan dikesan di wilayah Ibaraki iaitu di antara Tokyo dan Fukushima, lokasi loji nuklear itu.

Beberapa pekerja di reaktor Unit 2 juga dibawa keluar.

Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium.Dalam pada itu, laporan Reuters menyebut ekoran letupan terbaru pagi ini kadar radiasi telah meningkat empat kali ganda.

Lebih 2,400 disahkan terbunuh Menurut Tokyo Eletcric Power Co, agensi keselamatan telah merekodkan bacaan radiasi yang meningkat sehingga paras 8,217 microsievert sejam pada pukul 8.30 pagi tadi (waktu Jepun) berbanding 1,941 kira-kira 40 minit sebelum itu.

Pihak berkuasa di kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang rosak teruk ekoran tsunami dan gempa bumi Jumaat lalu, sedang cuba untuk mengelakkan kecairan di ketiga-tiga reaktor yang digunakan. Pihak berkuasa Jepun berkata tahap itu perlu mencapai paras sejuta atau lebih - peringkat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan secara besar-besaran.

Tokyo Electric Power Co juga berkata pihaknya sedang membuka injap pada saluran tekanan reaktor untuk memasukkan air laut.

Unit 1 dan Unit 3 juga sebelum ini menyaksikan penurunan paras air tetapi dimasukkan air laut.Sementara itu, agensi polis Jepun berkata angka kematian rasmi akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda perairan timur laut Jepun kini melebihi 2,400 orang.Menurut jurucakapnya, 2,414 orang disahkan mati manakala 3,118 masih hilang manakala 1,885 mengalami kecederaan selepas bencana alam itu melanda petang Jumaat lalu.

Jumlah kematian sehingga semalam ialah 1,647 orang.

-malaysiakini


SK: Isthigfar banyak - banyak

Firman Allah dalam Surah Ar Rum ayat 41

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab - sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan - perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Lagi Video baru Tsunami

Bencana Tsunami sebenarnya sudah kerap berlaku di sepanjang usia dunia. Cuma kita tidak dapat melihat sejarah Tsunami yang terdahulu kerana teknologi rakaman video tidak sama seperti hari ini. Tsunami di Jepun kali ini adalah antara bencana yang banyak dirakam . SK yakin dalam seminggu ini pasti banyak lagi rakaman - rakaman saat - saat getir Tsunami melanda Jepun  akan dimuat naik ke Youtube.

Ini adalah satu sudut lain rakaman.



Isnin, 14 Mac 2011

Video rakaman awal rempuhan Tsunami di Jepun



Beberapa rakaman awal bencana di Jepun




 


Video Kesan Radioaktif kepada manusia yang mengerikan


Firman Allah dalam Surah Ar Rum ayat 41

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab - sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan - perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Pada tahun 1986, dunia telah menyaksikan satu tragedi pada kemanusiaan dan kehidupan . Pada tahun itu satu letupan loji Nuklear telah berlaku di Chernobyl, Ukraine. Kisah sedih ini dirakamkan dalam video di bawah. Lihatlah kesan letupan dan bahayanya radioaktif nuklear  ini kepada manusia dan kehidupan sejagat. Semoga Allah melindungi kita!




KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia di Jepun kini bimbang satu lagi letupan dalam bangunan yang menempatkan reaktor No.3 di loji nuklear Fukushima Daiichi-I mungkin berlaku. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano yang berkata, reaktor ketiga itu mempunyai gas hidrogen yang berpotensi menyebabkan letupan.

Kelmarin penduduk Jepun dikejutkan oleh letupan unit reaktor No. 1 di loji yang sama, sehari selepas bencana gempa bumi dan tsunami melanda Jepun.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan meluas masyarakat antarabangsa bahawa tragedi letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 yang mengorbankan lebih 9,000 nyawa manusia bakal berulang.




Ahad, 13 Mac 2011

Impak Tsunami di Pantai California

Selepas 21 jam pergerakan Tsunami, kesan gelombangnya kini telah sampai ke persisiran pantai di California. Video rakaman dari helikopter menunjukkan impak sederhana kerana jarak antara Jepun dan peisisran pantai California melebihi 6000km.