Jumaat, 5 Ogos 2011

Meriahkan Ramadhan ini!! Jamuan berbuka Puasa - Sabtu dan Ahad ini -

Jemput datang - Kambing disediakan 

AJK surau Ad Diniyyah membuka peluang dan ruang untuk para jemaah bersama - sama memeriahkan Ramadhan ini dengan menganjurkan Majlis berbuka Puasa (Iftar Jamaie). Alhamdulillah atas sokongan padu dan para jemaah jamuan tersebut insyaallah akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini.6 dan 7 Ogos 2011.

Smart Puasa.  Melipatganda pahala puasa dengan menyahut saranan Rasulullah dalam hadith ini.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya,i "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun". (At-Tirmidzi)

Ingin menaja majlis buka puasa di hari yang lain? hubungi 013-2791608.




0 ulasan: