Selasa, 2 Ogos 2011

Ramadhan - Pesta mewakaf harta benda


Kerja pemasangan khemah wakaf

Petang tadi sekitar jam 5.00 petang. Kerja - kerja pemasangan khemah untuk kegunaan Ramadhan siap di pasang di perkarangan surau. 3 Unit Khemah ini akan digunakan sepanjang Ramadhan ini. Khemah ini digunakan untuk ruang anak - anak bertadarus, majlis berbuka puasa (iftar Jamaie) dan bermoreh selepas Tarawikh.

AJK Ad Diniyyah menawarkan peluang untuk berkongsi untuk mewakafkan khemah ini untuk kegunaan setaman. InsyaAllah khemah ini akan dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat pada masa akan datang. Rebutlah peluang untuk mewakafkan pembelian ini. Pesta mewakaf harta benda sudah bermula. Jadikan Ramadhan ini Ramadhan terbaik.

Hubungi 013-2791608

3 unit khemah siap dipasang
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: