Rabu, 3 Ogos 2011

Malam ke 3 Ramadhan yang meriah - Pesta Tadarrus

Pesta Tadarrus - anak - anak setaman bertadarrus di bawah khemah baru.

Anak - anak setaman turun berbondong -bondong dengan azam dan semangat Ramadhan yang berkobar - kobar . siang berpuasa , malam bertadarus. Moreh ramai - ramai. Keseronokan anak - anak ini nampak jelas di wajah mereka.
Surau Padat - manusia, jin dan malaikat berhimpun - malam penuh rahmat. memang pesta Ramadhan! Jemaah khusyuk mendengar tazkirah Ustaz Mokhtar Senik. Ulamak Muda dari Kuantan Pahang.

 Persiapan Moreh

Moreh bukan sekadar jamuan, ianya adalah jamuan ramah mesra dan ukhuwwah. Moreh ini akan menjadi kenangan manis untuk anak - anak setaman. Ada kenangan yang manis untuk diingati satu ketika nanti. Anda juga pasti ada kenangan bermoreh di kampung satu ketika dulu.  


0 ulasan: