Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Lynas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lynas. Papar semua catatan

Rabu, 15 Ogos 2012

Rama - rama cacat di Fukushima ! Stop Lynas!


 
TOKYO - Beberapa mutasi genetik ditemui pada tiga generasi rama-rama dekat loji nuklear Fukushima yang tidak lagi beroperasi, kata beberapa saintis semalam. Penemuan tersebut meningkatkan kebimbangan penduduk setempat bahawa radiasi akibat kebocoran loji nuklear akan memberi kesan ke atas spesies lain.

Beberapa saintis berkata, kira-kira 12 peratus larva rama - rama pale grass blue yang terdedah kepada radiasi nuklear selepas bencana tsunami melanda timur laut Jepun pada Mac 2011 didapati mengalami keganjilan seperti mempunyai kepak kecil dan mata yang rosak.

Seorang saintis berkenaan, Joji Otaki yang merupakan profesor madya di Universiti Ryukyu, Okinawa memberitahu, semua serangga tersebut dibiakkan di dalam sebuah makmal di luar zon radioaktif dengan 18 peratus anak rama-rama berkenaan memiliki masalah yang sama.

Bagaimanapun, angka tersebut meningkat kepada 34 peratus apabila melibatkan generasi ketiga spesies berkenaan. Kumpulan penyelidik tersebut turut mengumpulkan sebanyak 240 ekor rama-rama di Fukushima pada September tahun lalu iaitu enam bulan selepas bencana tsunami tersebut berlaku.
Otaki berkata, sebanyak 52 peratus serangga itu mempunyai sifat abnormal sekali gus merupakan satu nisbah yang tinggi. - AFP
 
 



 











 

Khamis, 12 April 2012

Selepas Gempa. Apa Khabar Gebeng?


Apa khabar orang Gebeng? Apa khabar Kilang Lynas?

Semoga Allah melindungi kita dari tangan - tangan durja yang mengkhianti amanah untuk memelihara agama dan alam

Lebib baik aktif hari ini dari radioaktif hari esok!!

STOP LYNAS!!




Rabu, 11 April 2012

Gebeng yang Luka

A. Samad Said Sasterawan Negara

GEBENG YANG LUKA

Kita ghairah merubah sebanyak tanah bertuah
konon demi rezeki alam dan udara kita.
Kita sengaja terlupa tanah cicit yang syahdu,
tuli akan senandung insan dan unggas nan merdu.

Dari denai ke rimba dan sungai ke samudera
terdengar rintih ombak meraung bumi sejarah.
Pernahkah kita bertanya pada Gebeng terluka—
bersyair, berpantun demi kebahagiaannya?

Kita hanya memacakkan gedung dan kilang zahir
merela bumi Gebeng teracun beransur cair.
Kita sedang alpa malah amat bangat terlupa—
harta terkini menutup masa depan yang lara.

Di sisi mewah harta cemar sejarah bermula,
kita sedang memahat hikayat tragedi bangsa.

7 Oktober, 2011 ––A. SAMAD SAID