Selasa, 14 Februari 2012

Fukushima selepas Tsunami . Kini Bandar Hantu!!


Laporan gegaran di Jepun sebentar tadi


Sebentar tadi Jepun digegar lagi dengan gerak gempa berskala 6.0. Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan timur Jepun  (3.21 petang waktu tempatan) tetapi tiada amaran tsunami dan kerosakan dilaporkan di loji nuklear Fukushima.

Kajian Geologi Amerika Syarikat, berkata gempa bumi dicatatkan pada kedalaman 10 kilometer dikesan pada pusat gempa 166 kilometer dari timur laut Tokyo. 

Tahun lepas Jepun dilanda Tsunami yang membawa kepada bencana dan kerosakan teruk. Kerosakan teruk loji nuklear telah menyebabkan bandar Fukushima kini menjadi "Ghost Town"

Lihat video terkini rakaman suasana Fukushima yang kini boleh diibarat sebagai Bandar hantu. Tiada yang berani menetap di bandar ini kerana kadar radiasi masih sangat tinggi dan membahayakan nyawa.




0 ulasan: