ATLANTA, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah pesawat kargo gergasi Rusia  di sini digunakan untuk membawa pam air antara yang terbesar di dunia ke  Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.Pam seberat 95 tan berharga AS$2 juta (RM6.04 juta) itu diletakkan di  atas lori 26 roda dan akan digunakan untuk menyembur air ke dalam loji  jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun yang rosak  akibat gegaran gempa bumi kuat pada 11 Mac lalu. 
Ketua Pegawai Ekekutif Putzmeister Amerika, Dave Adams berkata,  pihaknya berharap peralatan yang dikeluarkan syarikatnya akan dapat  membantu kerajaan Jepun menyelesaikan masalah di loji jana kuasa nuklear  itu.
Masalah yang berlaku di loji tersebut kini ialah pekerja-pekerja  berusaha untuk menyejukkan reaktor nuklear selepas sistem penyejukan  mengalami kerosakan. - Agensi - Kosmo
S U
R A U K I N I 
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna
013-2791608 - layari www.suraukini.com







0 ulasan:
Catat Ulasan