Ahad, 10 April 2011

Sumber inspirasi Anak - anak Tahfiz Ad Diniyyah

LAPORAN KEMENANGAN FARIHAH ZULKIFLI DI BERNAMA


KUANTAN, 9 April (Bernama) -- Wakil Kelantan, Muhammad Hariz Syazwan Mohd Arifin dan Selangor, Farah Nabilah Amindin masing-masing dinobatkan sebagai johan hafazan Al-Quran 1-30 juzuk pada pertandingan menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-32 yang berakhir di sini, Jumaat malam.

Muhammad Hariz yang memenangi kategori lelaki memungut markah 97.58 peratus untuk mengetepikan cabaran peserta lain manakala johan kategori wanita Farah Nabilah pula melengkapkan bacaan hafazan dengan perolehan markah 95.05 peratus.

Bagi kategori 1-20 juzuk pula kategori lelaki dimenangi peserta dari Sabah, Muhamad Khairul Razikin Abdul Razak yang memperoleh markah 96.45 peratus manakala kategori wanita dimenangi oleh Farihah Zulkifli dari Kuala Lumpur dengan markah 96.18 peratus.
 
Ahmad Zaki Md Yusof dari Kedah muncul johan kategori lelaki bagi hafazan 1-1- juzuk dengan bacaan markah 97.60 peratus manakala wanita dimenangi oleh Radhiah Ab Rahman dari Kelantan dengan markah 97.21 peratus.

Pada majlis itu, seramai 69 peserta yang terdiri daripada 39 lelaki dan 30 wanita telah mendengarkan bacaan hafazan Al-Quran yang berlangsung dalam dua sesi iaitu pagi dan malam sepanjang lima hari yang berakhir malam tadi. Setiap peserta akan dinilai menerusi kelancaran hafazan, hukum tajwid, fasohah, suara, persembahan dan tarannum.

Penyertaan dari seluruh negeri itu melibatkan tiga kategori menghafaz juzuk iaitu 1-10, 1-20 dan 1-30 dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM131,000 serta pakej menunaikan umrah dan piala iringan.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak

Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 

 











 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


0 ulasan: