Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Rekod Pencapaian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rekod Pencapaian. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Februari 2018

Tahniah! Lokman Fahim Bin Ismail menduduki tempat Pertama Hafazan Al Quran Peringkat Negeri Selangor


Tahniah! Adik Lokman Fahim Bin Ismail menduduki tempat Pertama Hafazan Al Quran Peringkat Negeri Selangor. Lokman memenangi tempat pertama Kategori 1 - 10 Juzuk dengan memperolehi markah 98%.

Majlis penutupan Rasmi Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Negeri Selangor dan Penyapaian hadiah diadakan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada 23 Februari 2018.

Johan tempat pertama menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.


Ahmad Fahmi Abdul Rahman dan Lokman Fahim Ismail - 2 Wakil Ad Diniyyah ke Peringkat Negeri.
Alhamdulillah Lokman melangkah ke peringkat Kebangsaan. 



Tahniah Pusat Tahfiz Ad Diniyyah



Video Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Peringkat Negeri Selangor 2018



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja



Rabu, 2 November 2016

Lagi pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah berjaya menamatkan hafazan Al Quran 30 Juzuk


Amirul Najmi Bin Azman Al Hafiz


Alhamdulillah. Adik Amirul Najmi Bin Azman Pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2a telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al quran hari ini, Selasa 1/11/2016. 

Adik Amirul Najmi mula menghafal Al Quran pada 14/1/2014. Insya allah adik Najmi akan terus mengulang hafazan untuk mengambil syahadah pada 2017 di Pusat Tahfiz yang sama.

Tahniah kepada Najmi, semua guru, keluarga dan penyumbang.

Semoga ada saham yang dapat dikongsi bersama.

Terus menyumbang untuk kesinambungan generasi Huffaz di 



PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH

Akaun operasi Bank Islam Malaysia 14069010024005

Akaun Dana Wakaf Pembinaan Bangunan Tahfiz Maybank Islamic 564762307417

Jazakumullah khairal jaza'
Ustaz Faizal Haizad Mohd Norawi
Mudir
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah BBS 2A
0132791608


Jumaat, 3 Julai 2015

Farihah Zulkifli - Johan Hafazan Antarabangsa 2015 (Kategori Wanita)


Farihah Zulkifli - Johan Hafazan Antarabangsa 2015 (Kategori Wanita)
Tahniah Farihah - Anak Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah


MELENTUR buluh biarlah daripada rebungnya. Ungkapan itu sering kali kita dengar dalam usaha mendidik anak-anak. Ia juga sebagai peringatan kepada ibu bapa agar memberikan tunjuk ajar dan penerapan nilai murni kepada cahaya mata sejak kecil.
Pepatah tersebut ada kebenarannya kerana berkat didikan ibu bapa, lahir seorang hafizah, Farihah Zulkifli, 20. Dia berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai johan menghafaz al-Quran pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015 yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Jun lalu.
Pertandingan itu membariskan seramai 70 qari dan qariah dari 56 buah negara iaitu 38 bagi kategori tilawah dan 32 bagi hafazan.
Farihah sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila meraih gelaran johan pada pertandingan hafazan peringkat negara anggota MABIMS di Brunei bagi kategori juzuk satu hingga 30 berserta pemahaman pada bulan ini.
Dia merupakan peserta wanita tunggal negara untuk kategori tersebut. Antara negara yang terlibat ialah Brunei, Singapura dan Indonesia.
Menurut Farihah, ibu dan ayahnya merupakan insan yang sangat penting dalam memupuk perasaan cinta kepada al-Quran. Sedar akan kepentingan ilmu agama untuk kesejahteraan hidup anak-anak, mereka telah melatih Farihah membaca al-Quran sejak kecil.
“Ayah dan umi sangat tegas serta amat menitikberatkan ilmu agama kepada anak-anaknya. Mereka telah mengajar al-Quran kepada saya sejak berumur empat tahun. Pada usia tujuh tahun, saya telah dilatih untuk menghafal surah dalam, Juzuk Amma (Juzuk 30).
“Walaupun bermula secara paksaan, rasa cinta terhadap al-Quran mula berputik sehingga berasa tidak lengkap tanpa membacanya sehari,” kata pelajar tahun akhir Diploma Tahfiz Wal Hadith, Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kuala Kubu Bharu, Selangor itu.
Farihah bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapanya kerana berusaha tanpa jemu mendidik dia untuk mencintai kitab suci yang sangat penting untuk dijadikan sebagai panduan hidup di dunia serta akhirat itu.


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A



Ahad, 21 Disember 2014

Gambar Sekitar Majlis Pengijazahan Syahadah Hafazan Al Quran Ahmad Fahmi Abdul Rahman



Ahmad Fahmi Bin Abdul Rahman Al Hafiz

Alhamdulillah adik Ahmad  Fahmi Bin Abdul Rahman telah berjaya menamatkan hafazan  Al Quran 30 Juzuk pada 18 Disember 2014.dan menyempurnakan Majlis Pengijazahan pada 20 November 2015

Tahniah atas kejayaan. Terima kasih kepada semua yang menyokong.


Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia”. Lalu mereka bertanya : “Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?” Jawab baginda : “Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang - orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Yang Kamu semai, itu yang kamu tuai








 K    R    I    S    T    A    L        T    A    S    N     I    M        E    N    T    E    R    P    R    I    S    E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 24 Oktober 2014

Hafizieamru Bin Mohamad Radzi - Hafiz 30 Juzuk Al Quran - Produk ke 2 Pusat Tahfiz Ad Diniyyah



Alhamdulillah, Pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah  Hafizieamru Bin Mohamad Radzi telah berjaya menyempurnakan hafazan 30 Juzuk Al Quran pada 16 Oktober 2014. Amru merupakan produk ke 2 Pusat Tahfiz Ad Diniyyah yang berjaya menamatkan cabaran menghafaz Al Quran dalam tempoh 4 tahun.


Tahniah! 

Layari laman rasmi Ad Diniyyah di  www.surauaddiniyyah.blogspot.com

K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 14 Januari 2014

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah mewakili Daerah Hulu Langat ke Majlis hafazan Peringkat Negeri Selangor

Ahmad Fahmi - Kategori 1-20 Juzuk
 
Azam - Kategori 1- 10 Juzuk

Alhamdulillah, syukur dan tahniah kepada Ahmad Fahmi dan Azam kerana terpilih mewakili zon Hulu Langat untuk ke majlis Hafazan Peringkat Negeri. Majlis Hafazan Peringkat Negeri Selangor akan diadakan di Masjid Negeri Shah Alam pada 4 - 7 Februari 2014.

Ahmad Fahmi akan mewakili Ad Diniyyah untuk kategori hafazan 1- 20 Juzuk, manakala Azam akan mewakili kategori 1-10 juzuk dalam pertandingan tersebut.

Tahinah!

Semoga dengan pencapaian ini dapat menyuntik semangat kepada Pelajar Ad Diniyyah yang lain untuk terus bersaing dan berlumba utk menghafaz 30 juzuk Al Quran.


 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

SK : Pihak pengurusan Tahfiz Ad Diniyyah tahun ini  menerima masuk 2 orang (pelajar baru) anak yatim untuk mengikuti pengajian hafazan pada tahun ini. Semoga dengan kehadiran anak yatim ini menambah lagi keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.
 
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik - baik rumah di antara orang Islam adalah rumah yang didalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik - baiknya dan seburuk - buruk rumah adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad) .
Jom ambil peluang menyantuni anak yatim


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja



















 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 5 Disember 2013

Tahniah ! 2 Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah menduduki tempat ke 2 pertandingan hafazan Peringkat Gombak


Azam -  Naib Johan Kategori 10 Juzuk 
 
Alhamdulillah 2 pelajar tahfiz Ad Diniyyah  yang menyertai Majlis pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak pada Khamis 28 November yang lalu telah berjaya merangkul tempat kedua untuk kategori 10 dan 20 juzuk.
 
Tahniah !!
 
 
Fahmi - Naib Johan Kategori 20 Juzuk
 
Pengambilan pelajar baru 2014 - Klik Sini
 
 
S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Isnin, 4 November 2013

Tahniah!! Hafiz Al Quran 30 Juzuk - Kelahiran Pertama Produk Pusat Tahfiz Ad Diniyyah


 
Muhammad Zulhusni Bin Othman - Kelahiran sulong Hafiz Al Quran Ad Diniyyah

Alhamdulillah selepas beroperasi lebih kurang 2 tahun 10 Bulan, Pusat Tahfiz Ad Diniyyah akhirnya berjaya melahirkan Hafiz Al Quran 30 juzuk. Produk Hafiz Pertama Ad Diniyyah. Muhammad Zulhusni bin Othman berjaya menghafaz 30 juzuk Al Quran dalam tempoh 1,039 hari. (Bermula 3 Januari 2011 - 4 November 2013.
 
Syukur ke hadrat Allah kerana memberi kekuatan kepada pelajar ini untuk menghafaz. Semoga kejayaan Muhammad Zulhusni dapat menyuntik semangat kepada rakannya yang lain.
 
Insyallah Muhammad akan meneruskan pengajian di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah untuk tempoh setahun lagi. Tempoh ini akan digunakan untuk mengulang dan mengukuhkan hafazan. Muhammad dijangka akan mengambil Sanad Al Quran selewat lewatnya Disember 2014.
 
Pusat Tahfiz akan menyediakan kemudahan untuk Muhammad Zulhusni Bin Othman al Hafiz mengambil Sijil Sanad di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah .
 
Tahniah!  

SK : Jatuh bangun. Ada yang tersungkur di tengah jalan, ada yang berani menyahut cabaran. Syukur atas kelahiran sulong ini!!








Ahad, 3 Februari 2013

Pelajar Ad Diniyyah di Studio TV9



Muhammad Aidil berjubah, dalam Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pagi tadi.

Pagi tadi SK dan beberapa rakan lain berkesempatan menemani adik Aidl mengikuti rakaman Rancangan Pesan Atok. Rancangan ini dihoskan oleh Al Fadhil Ustaz Dato' Hassan Din Al Hafiz yang disiarkan di Saluran TV9. Pelajar Tahfiz, Adik Muhammad Aidil telah diberi peluang oleh pihak TV9 untuk memperdengarkan laungan azan ala Syeikh Ali Ahmad Mulla, Bilal Masjidil Haram.
 
Nantikan rancangan ini yang bakal ke udara di TV9.
 
Tahniah sekali lagi kepada Aidil!
 
Insyaallah video sedutan rakaman SK akan uploadkan dalam waktu terdekat. :)
 
Taklimat sebelum rakaman bermula
 
Menggigil lutut ku.. ha!ha! ha!
 









 
Aidil bersama Atok 
 
 


 

Isnin, 21 Januari 2013

Lagi kejayaan Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah!! Tahniah


Muhammad Zulhusni - Naib Juara Pertandingan Hafazan 1-20 Juzuk

SK mengucapkan tahniah! kepada semua pelajar Tahfiz Ad Diniyyah yang berani menyahut cabaran menghafaz Al Quran di Majlis Pertandingan Hafazan Al Quran anjuran Jabatan Agama Islam Selangor Daerah Gombak semalam. Majlis diadakan di Masjid Al Ansar Keramat  AU2 selama 2 hari (19 dan 20 Januari 2013)

Kemenangan bukanlah sasaran utama.

Ingat!

Beza antara orang yang menghafaz banyak ayat Al Quran dengan orang yang kurang menghafaz, adalah martabatnya di dalam syurga! Lagi banyak ayat yang dihafaz lagi tinggi martabatnya di syurga Allah S.W.T!

Listen! listen! listen!

Martabat orang yang menghafaz Al Quran tetap di tempat yang tinggi di dalam syurga, berbanding dengan orang yang tidak menghafaz Al Quran, walaupun anda mendapat tempat terakhir dalam pertandingan ini!

Tahniah kepada Zulhusni kerana berjaya merangkul tempat ke - 2 (kategori hafazan 1 - 20 Juzuk)

Tahniah atas keberanian anda semua! Tahniah Amru, Harraz, Husni, Aqil dan Fahmi.







Jumaat, 21 September 2012

Keratan Akhbar Metro yang lebih jelas



Pelajar Tahfiz di Harian Metro. Keratan akhbar beberapa bulan lepas.

Gambar diatas adalah gambar dari keratan akhbar Metro. Terima kasih pengirim email Jesrin Allan. Gambar solo di atas adalah gambar adik Aidil Zulkifli. Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah. Tahniah !









Khamis, 31 Mei 2012

Pencapaian Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah 26 Mei 2012


TERKINI!! Rekod pencapaian pelajar Tahfiz Ad Diniyyah
(Hafazan bermula 3 Januari 2011 - 26 MEI 2012)


Muhammad Zulhusni Bin Othman
13 1/2 Juzuk

 Hafizieamru Bin Mohamad Radzi
Pencapaian Hafazan : 
13 Juzuk

 Muhammad Syafiq Ismat Bin Mahdir
Pencapaian Hafazan : 
9 1/2 Juzuk

Ahmad Fahmi Bin Abd Rahman
Pencapaian Hafazan : 
12 1/2 Juzuk
TAHNIAH AHMAD FAHMI KERANA MEMENANGI TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN HAFAZAN ANJURAN BADAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK TAHFIZ

Muhammad Afif Mirza Bin Zamali
8 Juzuk

Muhammad Aqil Syahmi Bin Asri
Pencapaian Hafazan : 
10 Juzuk
Suhaizad Bin Sulaiman
Pencapaian Hafazan :
 8 1/2 Juzuk

Izzat Fadhulullah Bin Ahmad Faiz
8 Juzuk

Muhammad Azam Bin Janudin
Pencapaian Hafazan : 
8 Juzuk

Muhammad Hakim Bin Mohd Isa
Pencapaian Hafazan : 
6 Juzuk

Muhammad Harraz Azhad Bin Mohd Zainuddin
9 1/2 Juzuk

Muadzathif Bin Mohd Radzi
6  Juzuk

Aiman Bazli Abdul Ghani
1/2 Juzuk

Muhammad Fakhrurazi
4 1/2 Juzuk

Muhamad Ideal Zulkifli
1/2 Juzuk


Muhammad Faiz Bin Azhar
6 Juzuk

Muhammad Syaiful Bin Samsuri
1/2 Juzuk
Muhammad Qayyim Naqiuddin
Kemasukan 2012
1/2 Juzuk
Zulhilmi Bin Zulkifli
(PELAJAR SEPARUH MASA)
1 Juzuk