Jumaat, 3 Julai 2015

Farihah Zulkifli - Johan Hafazan Antarabangsa 2015 (Kategori Wanita)


Farihah Zulkifli - Johan Hafazan Antarabangsa 2015 (Kategori Wanita)
Tahniah Farihah - Anak Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah


MELENTUR buluh biarlah daripada rebungnya. Ungkapan itu sering kali kita dengar dalam usaha mendidik anak-anak. Ia juga sebagai peringatan kepada ibu bapa agar memberikan tunjuk ajar dan penerapan nilai murni kepada cahaya mata sejak kecil.
Pepatah tersebut ada kebenarannya kerana berkat didikan ibu bapa, lahir seorang hafizah, Farihah Zulkifli, 20. Dia berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai johan menghafaz al-Quran pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015 yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Jun lalu.
Pertandingan itu membariskan seramai 70 qari dan qariah dari 56 buah negara iaitu 38 bagi kategori tilawah dan 32 bagi hafazan.
Farihah sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila meraih gelaran johan pada pertandingan hafazan peringkat negara anggota MABIMS di Brunei bagi kategori juzuk satu hingga 30 berserta pemahaman pada bulan ini.
Dia merupakan peserta wanita tunggal negara untuk kategori tersebut. Antara negara yang terlibat ialah Brunei, Singapura dan Indonesia.
Menurut Farihah, ibu dan ayahnya merupakan insan yang sangat penting dalam memupuk perasaan cinta kepada al-Quran. Sedar akan kepentingan ilmu agama untuk kesejahteraan hidup anak-anak, mereka telah melatih Farihah membaca al-Quran sejak kecil.
“Ayah dan umi sangat tegas serta amat menitikberatkan ilmu agama kepada anak-anaknya. Mereka telah mengajar al-Quran kepada saya sejak berumur empat tahun. Pada usia tujuh tahun, saya telah dilatih untuk menghafal surah dalam, Juzuk Amma (Juzuk 30).
“Walaupun bermula secara paksaan, rasa cinta terhadap al-Quran mula berputik sehingga berasa tidak lengkap tanpa membacanya sehari,” kata pelajar tahun akhir Diploma Tahfiz Wal Hadith, Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kuala Kubu Bharu, Selangor itu.
Farihah bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapanya kerana berusaha tanpa jemu mendidik dia untuk mencintai kitab suci yang sangat penting untuk dijadikan sebagai panduan hidup di dunia serta akhirat itu.


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A



0 ulasan: