Muhammad Zulhusni Bin Othman - Kelahiran sulong Hafiz Al Quran Ad Diniyyah
Alhamdulillah selepas beroperasi lebih kurang 2 tahun 10 Bulan, Pusat Tahfiz Ad Diniyyah akhirnya berjaya melahirkan Hafiz Al Quran 30 juzuk. Produk Hafiz Pertama Ad Diniyyah. Muhammad Zulhusni bin Othman berjaya menghafaz 30 juzuk Al Quran dalam tempoh 1,039 hari. (Bermula 3 Januari 2011 - 4 November 2013.
Syukur ke hadrat Allah kerana memberi kekuatan kepada pelajar ini untuk menghafaz. Semoga kejayaan Muhammad Zulhusni dapat menyuntik semangat kepada rakannya yang lain.
Insyallah Muhammad akan meneruskan pengajian di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah untuk tempoh setahun lagi. Tempoh ini akan digunakan untuk mengulang dan mengukuhkan hafazan. Muhammad dijangka akan mengambil Sanad Al Quran selewat lewatnya Disember 2014.
Pusat Tahfiz akan menyediakan kemudahan untuk Muhammad Zulhusni Bin Othman al Hafiz mengambil Sijil Sanad di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah .
Tahniah!
SK : Jatuh bangun. Ada yang tersungkur di tengah jalan, ada yang berani menyahut cabaran. Syukur atas kelahiran sulong ini!!
0 ulasan:
Catat Ulasan