Jumaat, 8 November 2013

Perkembangan terkini. Jom! Saksikan Video Taufan Haiyan (Super Thypoon) melanda Filipina


 
MANILA - Taufan Haiyan iaitu ribut terkuat untuk tahun ini melanda Filipina pada hari ini hingga memaksa lebih sejuta rakyatnya menyelamatkan diri selain bekalan elektrik terputus dan kebanyakan kediaman musnah.
 
Taufan kategori lima itu melanda kawasan pelancongan di utara Cebu sebelum beralih ke bahagian barat menuju ke kepulauan Boracay, selepas membadai kepulauan Leyte dan Sama dengan kelajuan angin 275 kilometer sejam (kmj) dan membawa ombak setinggi lima hingga enam meter.
 
Haiyan turut meragut sekurang -kurangnya tiga nyawa manakala tujuh lagi cedera. Angka kematian dijangka meningkat di beberapa kawasan yang turut dilanda taufan, kata jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Rey Balido.
 
Sumber kuasa dan komunikasi di tiga pulau iaitu Samar, Leyte dan Bahol hampir lumpuh sepenuhnya bagaimanapun kerajaan dan pembekal telekomunikasi berjanji untuk menyelesaikan masalah itu dalam tempoh 24 jam.
 
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa lebih 12 juta penduduk berisiko tinggi menjadi mangsa termasuk kawasan kediaman di bandar Cebu yang mempunyai 2.5 juta populasi. Cebu kini sedang pulih selepas dilanda ribut pada 2011 dan gempa bumi sekuat 7.2 magnitud bulan lalu. - Reuters
 


Lagi video cemas detik Haiyan membadai Filipina di sini
 

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
 





 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: