Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Superstorm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Superstorm. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Disember 2016

Hebatnya Azan! Mampu hentikan amukan ribut yang mengila - Lihat Video ini



Saksikan bagaimana lantunan suara azan mampu menghentikan ribut yang sedang menggila di Madura. Video berdurasi 2minit ini merakamkan bagaimana ribut yang menggila tiba tiba berhenti sebelum azan dihabiskan.

Mahasuci Allah yang menguasai sekian alam.

Subhanallah




K R I S T A L  T A S N I M   E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013 - 755 7011
Klik Info sini

Rabu, 18 Jun 2014

Jom saksikan Video 2 puting beliung ganas musnahkan Nebraska !!




PILGER, Nebraska: Sekurang-kurangnya seorang individu terbunuh manakala 16 lagi parah selepas puting beliung besar melanda timur laut Nebraska, memusnahkan lebih separuh bandar Pilger, menurut pegawai hospital dan kecemasan.


Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menyatakan sekurang-kurangnya dua puting beliung mendarat kira-kira 1.6 kilometer antara satu sama lain. 

Anggota penyelamat dan penduduk menghabiskan waktu petang mencari di runtuhan rumah dan premis perniagaan di bandar dengan 350 penduduk itu yang terletak kira-kira 160 kilometer ke timur laut Omaha. 


“Lebih daripada separuh bandar ini lenyap,” kata Pesuruhjaya Daerah Stanton, Jerry Weatherholt. - AP



S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja



Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 13 November 2013

Gambar kapal diseret ke daratan - Taufan Haiyan sehebat Tsunami - Allah Maha Hebat!

 
Taufan Haiyan membunuh ribuan warga Filipina. Impak super storm ini menyamai kehebatan Tsunami. Manusia sungguh kerdil. Hebatnya Allah!
 
 

S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 












Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Sabtu, 9 November 2013

Ribut Haiyan lebih dahsyat dari ribut Katrina dan Sandy - Jom tonton video ini



Seluruh Filipina dilanda ribut gergasi Haiyan. Khabarnya ribut ini lebih dahsyat dari ribut Katrina dan Sandy. Berikut beberapa rakaman video amatur yang merakam suasana ribut terbesar tahun 2013 .
 
Allahu Akbar!!

 

 
 

Detik cemas. Umpama Tsunami.
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja





 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 8 November 2013

Perkembangan terkini. Jom! Saksikan Video Taufan Haiyan (Super Thypoon) melanda Filipina


 
MANILA - Taufan Haiyan iaitu ribut terkuat untuk tahun ini melanda Filipina pada hari ini hingga memaksa lebih sejuta rakyatnya menyelamatkan diri selain bekalan elektrik terputus dan kebanyakan kediaman musnah.
 
Taufan kategori lima itu melanda kawasan pelancongan di utara Cebu sebelum beralih ke bahagian barat menuju ke kepulauan Boracay, selepas membadai kepulauan Leyte dan Sama dengan kelajuan angin 275 kilometer sejam (kmj) dan membawa ombak setinggi lima hingga enam meter.
 
Haiyan turut meragut sekurang -kurangnya tiga nyawa manakala tujuh lagi cedera. Angka kematian dijangka meningkat di beberapa kawasan yang turut dilanda taufan, kata jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Rey Balido.
 
Sumber kuasa dan komunikasi di tiga pulau iaitu Samar, Leyte dan Bahol hampir lumpuh sepenuhnya bagaimanapun kerajaan dan pembekal telekomunikasi berjanji untuk menyelesaikan masalah itu dalam tempoh 24 jam.
 
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa lebih 12 juta penduduk berisiko tinggi menjadi mangsa termasuk kawasan kediaman di bandar Cebu yang mempunyai 2.5 juta populasi. Cebu kini sedang pulih selepas dilanda ribut pada 2011 dan gempa bumi sekuat 7.2 magnitud bulan lalu. - Reuters
 


Lagi video cemas detik Haiyan membadai Filipina di sini
 

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
 





 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 31 Oktober 2012

Superstorm! Jom! saksikan lintas langsung Taufan Mega "Sandy" Di New York

 
 
NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan bencana besar di New York ekoran taufan Sandy yang menyebabkan banyak kemusnahan. Obama mengisytiharkan bencana besar itu di negeri New York dan New Jersey.
 
Taufan itu melanda kelmarin sebelum ia meninggalkan New York semalam. Pengisytiharan itu akan menyebabkan pinjaman dan geran akan dikeluarkan bagi membantu mangsa-mangsa untuk membaiki dan memperoleh rumah buat sementara.
 
Taufan itu membawa ombak gergasi yang melanda kawasan Pantai Timur AS. Bursa Saham New York dan Nasdaq turut ditutup semalam. Sementara itu, sebanyak 50 buah rumah terbakar di kawasan kediaman di bandar raya ini akibat taufan tersebut.
 
Hanya dua orang dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut. Menurut laporan media, seramai 25 orang dilaporkan terperangkap di tingkat atas sebuah apartmen dalam kejadian tersebut. Anggota-anggota bomba menggunakan bot untuk tiba di lokasi tersebut kerana jalan dipenuhi air.
 
Dua buah loji nuklear AS juga ditutup iaitu di New Jersey dan di tepi Sungai Delaware.Menurut firma Eqecat, kerugian akibat taufan itu dianggarkan AS$20 bilion (RM61.04 bilion). - Agensi


Video Rakaman Amatur ketika Sandy melanda NY

 
 


Selasa, 30 Oktober 2012

Taufan selebar 1,600 kilometer bakal melanda New York!!




Taufan Sandy - Taufan terbesar dijangkan melanda New York!!

NEW YORK: Ramai yang menyifatkan bandar raya ini tidak pernah tidur.  Tetapi, di seluruh Manhattan semalam, kebanyakan perniagaan kelihatan membuat persiapan untuk tutup, mungkin selama beberapa hari.

Taufan, mungkin yang terbesar pernah dicatatkan, sedang menghala ke bandar raya itu, mengancam peniaga dengan kemusnahan amat teruk, banjir dan keputusan bekalan elektrik yang mungkin berlarutan sehingga beberapa hari.


Di Times Square, restoran, kedai elektronik dan minyak wangi membenarkan kakitangan masing-masing pulang sebelum 7 malam, waktu perkhidmatan kereta api bawah tanah dihentikan.

Keadaan sama juga dilihat di seluruh Mildtown, sepanjang Madison Avenue dan di kawasan Bohemian di Greenwich Village dengan kebanyakan kedai ditutup awal.

Taufan Sandy itu dilapor semakin kuat dan bergerak dengan kelajuan 32 kilometer sejam, menghala ke pantai timur Amerika Syarikat. Kira-kira 50 juta orang, dari Atlantik Tengah hingga ke Kanada mendiami kawasan yang dijangka dilalui taufan selebar 1,600 kilometer itu.

 

Khamis, 5 April 2012

Puting beliung yang dahsyat. Treler terbang macam kapas

SEBUAH treler (dalam bulatan) melayang semasa puting beliung melanda bandar Dallas-Fort Worth, Texas kelmarin

03 April 2012 : Kota Dallas di Texas dilanda ribut taufan dahsyat yang berkelajuan tinggi.

Dalam video yang ditunjukkan di bawah artikel ini, kelihatan angin taufan puting beliung ini melanda sebuah lokasi di mana ia merupakan sebuah "trailer park" dan dengan dahsyatnya menerbangkan trailer - trailer di lokasi tersebut ke udara.



Angin taufan tornado ini juga telah merosakkan sekitar tempat tinggal dan  lebih kurang 100 pesawat yang berada di Bandar DWF telah dilaporkan mengalami kerosakan akibat ditimpa batu - batu sebesar bola baseball. Setakat ini belum ada laporan mengenai kematian.

Puluhan bumbung rumah tercabut dan menurut laporan, puluhan penduduk cedera. Kelihatan banyak kereta terbalik manakala trak remuk serta rosak teruk di bahu jalan.

Pegawai Kanan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Meteorologi, Eric Martello, berkata dianggarkan antara enam hingga 12 puting beliung melanda Utara Texas.













SK: Betapa kerdilnya manusia!!

Ahad, 18 Disember 2011

Ribut tropika Washi melanda Filipina


MANILA, Filipina - Angka kematian akibat ribut tropika Washi melonjak kepada 440 orang semalam dengan hampir 500 orang hilang dalam banjir kilat yang memusnahkan selatan Filipina, kata beberapa pegawai.

Jurucakap tentera wilayah, Kolonel Leopoldo Galon memberitahu pemberita sebanyak 97 mayat ditemui di sebuah pelabuhan utama di Pulau Mindanao, Cagayan de Oro manakala 75 lagi ditemui di pelabuhan selatan berdekatan bandar Iligan yang merupakan antara kawasan berlakunya banyak kematian.

Katanya, seramai 375 orang dilaporkan hilang di dua kawasan tersebut.
Galon berkata, tentera menggunakan trak, bot dan helikopter untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya 2,000 penduduk Cagayan de Oro.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi pegawai tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang berkata, seramai 15 orang yang dihanyutkan ke laut di Iligan berjaya diselamatkan.

Ribut Washi yang melanda pantai timur Mindanao kelmarin turut menyebabkan tanah runtuh yang mengorbankan lima orang manakala tiga lagi lemas di bandar Polanco, selatan Filipina.
Jabatan kaji cuaca negeri melaporkan, ribut tersebut diramalkan bergerak ke Pulau Palawan, barat Filipina selepas ia menyeberangi Laut Sulu dengan tipuan angin selaju 75 kilometer sejam.


 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 26 Mei 2011

Tornado 24 Mei 2011 - Puting beliung gergasi di Oklahoma


 
Padang jarak padang terkukur - Imej satelit- bandar Joplin selepas taufan gergasi

Musim taufan melanda Amerika Syarikat.

BANDAR OKLAHOMA, Amerika Syarikat (AS) - Imej puting beliung gergasi yang melanda pinggir bandar Oklahoma, AS berjaya dirakamkan menerusi kamera dan disiarkan di laman berita Msnbc.com kelmarin.
Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila puting beliung itu melanda Oklahoma dan Arkansas.

Empat orang terbunuh di Oklahoma apabila beberapa puting beliung merempuh pinggir bandar ini. - Agensi





SK: Amerika perlu berhenti mendera negara - negara umat Islam. Harus dingat - Doa adalah senjata terbaik orang Mukmin.