Taufan Sandy - Taufan terbesar dijangkan melanda New York!!
NEW YORK: Ramai yang menyifatkan bandar raya ini tidak pernah tidur. Tetapi, di seluruh Manhattan semalam, kebanyakan perniagaan kelihatan membuat persiapan untuk tutup, mungkin selama beberapa hari.
Taufan, mungkin yang terbesar pernah dicatatkan, sedang menghala ke bandar raya itu, mengancam peniaga dengan kemusnahan amat teruk, banjir dan keputusan bekalan elektrik yang mungkin berlarutan sehingga beberapa hari.
Di Times Square, restoran, kedai elektronik dan minyak wangi membenarkan kakitangan masing-masing pulang sebelum 7 malam, waktu perkhidmatan kereta api bawah tanah dihentikan.
Keadaan sama juga dilihat di seluruh Mildtown, sepanjang Madison Avenue dan di kawasan Bohemian di Greenwich Village dengan kebanyakan kedai ditutup awal.
Taufan Sandy itu dilapor semakin kuat dan bergerak dengan kelajuan 32 kilometer sejam, menghala ke pantai timur Amerika Syarikat. Kira-kira 50 juta orang, dari Atlantik Tengah hingga ke Kanada mendiami kawasan yang dijangka dilalui taufan selebar 1,600 kilometer itu.

0 ulasan:
Catat Ulasan