Warga Selangor, Pulau Pinang , Kedah dan Kelantan disunatkan sujud syukur!
Untuk penduduk negeri - negeri lain , kalau kena saman, sila sujud Sahwi!! :)
KUALA LUMPUR - Empat Kerajaan Negeri yang ditadbir
Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju
menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata,
sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun
pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.
"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian
Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut
mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di
lobi Parlimen di sini, hari ini.
Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya
mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih
dahulu.
AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi
yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain
bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta
mampu mengurangkan kemalangan maut.
Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan
utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. -
Bernama
AES
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
0 ulasan:
Catat Ulasan