Selasa, 14 Januari 2014

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah mewakili Daerah Hulu Langat ke Majlis hafazan Peringkat Negeri Selangor

Ahmad Fahmi - Kategori 1-20 Juzuk
 
Azam - Kategori 1- 10 Juzuk

Alhamdulillah, syukur dan tahniah kepada Ahmad Fahmi dan Azam kerana terpilih mewakili zon Hulu Langat untuk ke majlis Hafazan Peringkat Negeri. Majlis Hafazan Peringkat Negeri Selangor akan diadakan di Masjid Negeri Shah Alam pada 4 - 7 Februari 2014.

Ahmad Fahmi akan mewakili Ad Diniyyah untuk kategori hafazan 1- 20 Juzuk, manakala Azam akan mewakili kategori 1-10 juzuk dalam pertandingan tersebut.

Tahinah!

Semoga dengan pencapaian ini dapat menyuntik semangat kepada Pelajar Ad Diniyyah yang lain untuk terus bersaing dan berlumba utk menghafaz 30 juzuk Al Quran.


 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

SK : Pihak pengurusan Tahfiz Ad Diniyyah tahun ini  menerima masuk 2 orang (pelajar baru) anak yatim untuk mengikuti pengajian hafazan pada tahun ini. Semoga dengan kehadiran anak yatim ini menambah lagi keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.
 
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik - baik rumah di antara orang Islam adalah rumah yang didalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik - baiknya dan seburuk - buruk rumah adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad) .
Jom ambil peluang menyantuni anak yatim


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja



















 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: