Isnin, 11 April 2011

Kenali Syeikh Mustafa Siba'ie


Malam esok anak - anak tahfiz akan memulakan pengajian Kitab Sirah Nabawiyah bersama Ustaz Khairi Anuar Bin Saleh. Kitab Sirah Nabawiyah Durus Wa Ibrah adalah hasil karangan Syeikh Mustafa Sibaie

Berikut adalah info ringkas berkenaan tokoh terkenal tersebut 

BIODATA SYEIKH MUSTAFA SIBA'IE

Mustafa Husni As-Sibaie dilahirkan di bandar Hims, Syria pada tahun 1915 (1333H). Beliau dibesarkan dalam keluarga dan keturunan ulamak sejak ratusan tahun. Ayah dan datuk - datuknya adalah para khatib di Masjid Agung di Hims sejak generasi demi generasi, zaman berzaman. Beliau banyak dibentuk oleh ayahnya seorang alim, mujahid, khatib bernama Asy-Syeikh Husni As-Sibaie dimana beliau menghafaz Al-Quran sebelum masuk ke alam persekolahan lagi. Beliau tamat sekolah menengah ketika berumur 15 tahun.

Pada tahun 1933 beliau ke Mesir menyambung pengajiannya di bidang Syariah di Universiti Al-Azhar Beliau mendapat ijazah Ph.D pada tahun 1949.

Asy-Syeikh Mustafa As-Sibaie sebagai seorang alim, faqih dan mujahid hidup dalam jihad disegenap hayatnya. Ketika di Mesir ketokohannya sebagai seorang alim menonjol di tengah-tengah ulamak di sana. Ketika itu beliau bertemu dengan Imam Hasan Al-Banna dan hubungan tersebut berterusan walau setelah beliau tamat dan pulang ke Syria. Sekembalinya beliau di Syria, para ulamak, pendakwah dan pimpinan persatuan-persatuan bertemu dan memutuskan untuk menyatukan saf mereka dan bekerja di dalam satu jemaah. Dengan perjumpaan ini, yang turut dihadiri oleh Al-Ustaz Said Ramadan Al-Buty selaku wakil dari Mesir, maka tertubuhlah jemaah Ikhwan Muslimin disegenap pelusuk Syria pada tahun 1942. Pada tahun 1945, Mustafa As-Sibaie dipilih menjadi Muraqib Am yang pertama bagi Ikhwan Muslimin Syria.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja










Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: