Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label ustaz Nazmi Abdul Karim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ustaz Nazmi Abdul Karim. Papar semua catatan

Khamis, 9 April 2015

Kisah Sahabat bertemu Raja Rome dan melihat koleksi gambar 14 Nabi dan Rasul - Ustaz Nazmi Abdul Karim


Kisah Sahabat bertemu Raja Rome dan melihat koleksi gambar 14 Nabi dan Rasul - Ustaz Nazmi Abdul Karim 





K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A


Rabu, 30 April 2014

Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah memasuki Syiria melalui laluan tikus

Keratan Akbar Metro hari ini.
Haji Zulkifli paling kanan berdiri atas rakit


Idlib (Syria): Selepas dua hari menunggu di Raihaniah, bandar sempadan Turki - Syria, pasukan bantuan kemanusiaan Muslim Care Malaysia akhirnya berjaya masuk ke Syria, semalam.  Bagaimanapun, pengalaman yang dilalui amat menarik dan mencabar kerana peserta misi tidak melalui jalan biasa, sebaliknya terpaksa meredah laluan tikus.
 
Kira-kira jam 10.30 pagi waktu tempatan iaitu selepas hampir sejam menaiki kereta, rombongan Muslim Care seramai enam orang dari Malaysia termasuk penulis dan tiga wakil di Turki sampai di satu kawasan ladang zaitun yang luas.

Kami kemudian menaiki trak pikap merentasi ladang zaitun itu dengan jalan berdebu dan berlubang selama kira-kira setengah jam sebelum berhenti di tebing sungai.  Di situ kami diperiksa empat anggota pasukan tentera Turki yang menaiki kereta perisai dan lega kami dibenarkan menyeberangi sungai sempadan itu selepas dimaklumkan tujuan ke Syria ialah untuk memberi bantuan.

Kami menyeberangi sungai selebar 50 meter itu dengan menaiki rakit diperbuat daripada besi segi empat sama berukuran 2 meter x 2 meter dan digerakkan dengan hanya menarik tali yang merintangi sungai.

Di tebing sungai sama ada sebelah Turki mahupun sebelah Syria terdapat beberapa kumpulan yang juga mahu menyeberangi sempadan.

Bagaimanapun, bukan semuanya mendapat kebenaran anggota tentera Turki yang mengawasi.  Apa kriteria atau syarat untuk mendapat kebenaran, terpulang kepada budi bicara mereka.

Sebaik saja menjejaki bumi Syria, kami disambut beberapa anggota tentera penentang rejim Bashar al Assad yang sebahagiannya lengkap bersenjata Ak-47 untuk mengiringi serta mengawal keselamatan kami. Dengan menaiki tiga kenderaan kami kemudian menempuh perjalanan hampir tiga jam sebelum berhenti di satu kawasan berbukit yang dirahsiakan lokasinya.                   

Selepas disambut mesra sekumpulan tentera pejuang di pihak Sunnah itu barulah penulis dimaklumkan yang lokasi itu sebenarnya stor menyimpan makanan dan ubat-ubatan.
Di bangunan itulah disimpan segala makanan dan ubat-ubatan diperoleh hasil wang diberikan

Muslim Care hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin.

Haji Zulkifli Wahijan Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
merangkap Bendahari Agung Muslimcare


Bendahari Agung Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, pihaknya amat berpuas hati kerana dapat melihat sendiri bagaimana wang sumbangan rakyat Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya untuk golongan sasaran iaitu rakyat Syria yang menderita akibat ditindas rejim Bashar sejak tiga tahun lalu.

“Walaupun kami menempuh perjalanan agak sukar untuk ke sini tetapi Alhamdulillah ia berbaloi kerana kami dapat melihat sendiri wang yang Muslim Care amanahkan kepada wakil kami di sini digunakan untuk tujuan yang betul.

“Dengan ini kami berharap semua rakyat Malaysia yang sebelum ini memberi sumbangan kepada Muslim Care juga berpuas hati kerana matlamat mereka dilaksanakan sebaik mungkin oleh wakil kami di Syria,” katanya.

Beliau berkata, berbekalkan semua pengalaman itu Muslim Care lebih bersemangat untuk terus membantu rakyat Syria dan berharap rakyat Malaysia dapat memberi sumbangan ke akaun berikut: 1. Maybank (564490211159) 2. Bank Islam (14032010093666) 3. RHB ( 26212000004747)

Untuk sumbangan secara berterusan untuk pelbagai aktiviti kebajikan dan kemanusiaan Muslim Care, orang ramai boleh juga gunakan kaedah auto debit dengan melayari http://www.muslimcare.org.my/derma/.

 

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A


Isnin, 28 April 2014

Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah kini di Turki

Keratan akhbar metro hari ini.
Gaziantep (Turki): Umat Islam di seluruh dunia diperingatkan agar tidak berpeluk tubuh dan membiarkan saja konflik di Syria yang sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu yang kini mengorbankan hampir 200,000 nyawa.
Exco Muslim Care Malaysia, Nazmi Abdul Karim berkata, Syria bumi anbia dan tempat perhimpunan umat Islam akhir zaman sebagaimana sabda Rasulullah SAW, harus dipelihara kesuciannya.

“Di atas kesedaran dan tanggungjawab itulah Muslim Care mengambil tanggungjawab mengutip sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan kepada rakyat Syria yang kini menderita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 100 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu rakyat Syria dalam satu persidangan, semalam.

Nazmi berkata, bermula Mei dua tahun lalu Muslim Care bergiat aktif membantu rakyat Syria yang ditindas rejim Presiden Bashar al-Assad sejak 2011.

Selain menyalurkan pelbagai keperluan, Muslim Care juga dalam proses membina sebuah kilang roti di Damsyik selepas berjaya membina sebuah kilang roti di Gaza, Palestin.
“Kewujudan kilang roti ini penting untuk rakyat dua negara bergolak ini supaya mereka mampu menjana bekalan sendiri serta ada peluang pekerjaan,” katanya.

Muslim Care yang mewakili Malaysia dan satu-satunya wakil NGO dari Asia dijemput ke persidangan itu yang turut dihadiri Perdana Menteri kerajaan sementara Syria, Dr Hassan Hito dan wakil kerajaan Mesir, Dr Muhammad Abd Salaam.
Persidangan selama tiga hari itu bermula Sabtu lalu bertujuan menyatukan semua NGO yang membantu rakyat Syria dari dalam dan luar Turki bagi merancang kerjasama serta saling bertukar pandangan.

Dr Hassan dan Dr Muhammad, kedua-duanya mengucapkan terima kasih kepada Muslim Care serta rakyat Malaysia keseluruhannya yang prihatin dan tidak jemu membantu rakyat Syria.

Dr Muhammad berkata, Rasulullah SAW bersabda apabila rosaknya penduduk Syam (Syria) maka tiada kebaikan bagi kamu (umat Islam).

“Berdasarkan hadis ini, semua umat Islam bertanggungjawab membantu kerosakan yang berlaku di Syria sekarang. Jika kita membiarkannya saja, maka tiadalah lagi kebaikan ke atas kita,” katanya.

Selain menghadiri persidangan di sini, rombongan Muslim Care seramai enam orang termasuk Bendahari Agungnya, Zulkifli Wahijan akan turut ke wilayah Idlib, Syria bagi menyalurkan sumbangan berjumlah kira-kira RM750,000 yang dikutip daripada rakyat Malaysia untuk misi bantuan kali keempat ini.

Sementara itu sumbangan daripada rakyat Malaysia terus diperlukan dan boleh disalurkan melalui nombor akaun Maybank 564490211159 dan Bank Islam 14032010093666 atas nama Muslim Care Malaysia serta akaun RHB Bank 26212000004747 atas nama Muslim Care.


S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 17 April 2014

Video Save Syiria Children

 
Semoga Allah permudahan misi ini

Video Save Syiria Children . 
 

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
 







 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
 
 

Rabu, 16 April 2014

Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah ke Syiria lagi - Misi kemanusiaan - Semoga Allah berkati perjuangan mu.

 
 Jom sertai kami bantu mereka!!
 


Insyallah pada 26 April 2014, Tuan Haji Zulkifli Wahijan, Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah merangkap Bendahari Muslim Care Malaysia akan berangkat ke Syiria untuk misi bantuan kemanusiaan. Beliau bersama Ustaz Nazmi Abdul Karim EXCO muslimcare akan berada di Syiria mulai 26 April hingga 3 Mei 2014.

Tahniah Haji Zul dan ustaz Nazmi, anda kebanggan kami!!

 
Sebelum ini Muslim care telah membina kilang roti di Gaza. Lihat minit 4.20 dalam video ini
 
 
 
 
S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 














 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


 
 

Khamis, 20 Disember 2012

Derita rakyat Syiria, kezaliman Bashar Al Asad dan Iran - Syeikh Ali Sabuni


Syeikh Ali As Sabuni Ketua Kesatuan Ulama' Syam 

Dengarkan luah rasa dari Syeikh Ali As Sabuni menceritakan tentang penderitaan umat Islam di Syiria. Kekejaman Bashar Al Asad dan puak Syiah Iran membunuh ratusan ribu umat Islam di Syiria.
 
Realitinya keadaan di Syiria lebih teruk dari keadaan di umat Islam Palestin. Di Palestin dalam tempoh 70 tahun, umat Islam yang dibunuh oleh orang Yahudi berjumlah 30,000 orang . Tetapi Bashar al Asad dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih  200,000 umat Islam. Ramai yang  yang dibunuh dgn kejam. Golongan Syiah Iran mengebom masjid, membunuh sesuka hati.
 
Dengarkan luah rasa Syeikh, terjemahan oleh Ustaz Nazmi Abdul Karim 
 

 
 

Rabu, 26 September 2012

Tazkirah Bersama Ustaz Nazmi - Kisah Perang Hunain

 
Versi Audio
 
USTAZ NAZMI ABDUL KARIM

CETAK ROMPAK SANGAT DIGALAKKAN!

HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA. SILA DOWNLOAD DAN SEBARKAN SELUAS - LUASNYA UNTUK DAKWAH.


Jumaat, 7 September 2012

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Sepanjang September 2012

 
 
Jom meriahkan majlis ilmu bersama UAI. 9 September Ustaz Azhar di area Batu Caves

 
 
Jadual Ustaz Nazmi Abdul Karim  Smack Down!!
 
 
Isnin minggu keempat tu di Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang 
 

Selasa, 24 Julai 2012

Tazkirah Ustaz Nazmi Abdul Karim Versi Youtube


Insyaallah Team SK akan memulakan kerja - kerja rakaman video untuk setiap sesi Tazkirah sepanjang Ramadhan 1433.

Terima kasih atas sokongan .

Klik sini untuk ikuti tazkirah Ustaz Nazmi Versi Youtube


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak

Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 

 











 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Download Tazkirah Ustaz Nazmi Abdul Karim - Kisah Kuda Perang!

 
Al Adiyat - Kisah ketaatan seekor kuda kepada tuannya dan keangkuhan manusia kepada Tuhannya!

Al Adiyat bermaksud Kuda perang. Di dalam Al Quran Allah namakan satu Surah dengan nama Al Diyat. Surah Kuda Perang!  Surah yang menceritakan tentang kepatuhan seekor kuda perang terhadap tuannya. Juga kisah keangkuhan manusia kepada Tuhannya.

Kuda perang sanggup mempertaruhkan nyawanya menempuh saat saat getir di medan perang . Meskipun medan peperangan penuh bahaya, kuda perang tetap setia bersama tuannya. Berjuang di medan jihad di tengah padang pasir di dalam kegelapan malam.
 
Setianya seekor binatang kepada tuannya!
 
Ikuti kupasan lanjut Ustaz Nazmi Abdul Karim di dalam Tazkirah di Surau Ad Diniyyah malam ke 4 Ramadhan 1433.

USTAZ NAZMI ABDUL KARIM

CETAK ROMPAK SANGAT DIGALAKKAN!
HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA. SILA DOWNLOAD DAN SEBARKAN SELUAS - LUASNYA UNTUK DAKWAH.
Klik Sini Untuk Download
Atau dengar secara online Versi Youtube
 

Selasa, 29 Mei 2012

Mesti dengar! Download segera. Terkini dari Ustaz Nazmi Abdul Karim


Daripada Saidina Zaid bin Tsabit radiyallahu'anhu, bahawa Rasullullah Sollallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:

“Berbahagialah penduduk Syam”.
Tatkala itu terdapat sahabat radiyallahu'anhu yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasullallah?” Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya para malaikat rahmat menghamparkan sayap ke atasnya
Hadith riwayat Tarmizi
(Syiria adalah sebahagian dari Tanah Syam yang dimaksudkan dalam hadith diatas!)

Ustaz Nazmi Abdul Karim baru pulang dari Syiria mengikuti misi kemanusian Muslim Care. Tahukah anda, apa yang sebenarnya berlaku di Syiria?. Umat Islam sedang disembelih!. Siapakah Syiah? dan apakah yang dilakukan oleh Syiah terhadap Ahlil Sunnah di Syiria ? Ikuti kisah perjalanan Ustaz Nazmi dan Muslim Care ke Syiria baru - baru ini. Dengar secara online atau download di sini


Rakaman kuliah malam tadi di Surau Ad Diniyyah. Kredit untuk Syeikh Arrawa.
SEJUMLAH orang menghadiri majlis pengebumian mangsa-mangsa serangan tentera Syria di Houla pada Sabtu lalu.