Rabu, 30 April 2014

Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah memasuki Syiria melalui laluan tikus

Keratan Akbar Metro hari ini.
Haji Zulkifli paling kanan berdiri atas rakit


Idlib (Syria): Selepas dua hari menunggu di Raihaniah, bandar sempadan Turki - Syria, pasukan bantuan kemanusiaan Muslim Care Malaysia akhirnya berjaya masuk ke Syria, semalam.  Bagaimanapun, pengalaman yang dilalui amat menarik dan mencabar kerana peserta misi tidak melalui jalan biasa, sebaliknya terpaksa meredah laluan tikus.
 
Kira-kira jam 10.30 pagi waktu tempatan iaitu selepas hampir sejam menaiki kereta, rombongan Muslim Care seramai enam orang dari Malaysia termasuk penulis dan tiga wakil di Turki sampai di satu kawasan ladang zaitun yang luas.

Kami kemudian menaiki trak pikap merentasi ladang zaitun itu dengan jalan berdebu dan berlubang selama kira-kira setengah jam sebelum berhenti di tebing sungai.  Di situ kami diperiksa empat anggota pasukan tentera Turki yang menaiki kereta perisai dan lega kami dibenarkan menyeberangi sungai sempadan itu selepas dimaklumkan tujuan ke Syria ialah untuk memberi bantuan.

Kami menyeberangi sungai selebar 50 meter itu dengan menaiki rakit diperbuat daripada besi segi empat sama berukuran 2 meter x 2 meter dan digerakkan dengan hanya menarik tali yang merintangi sungai.

Di tebing sungai sama ada sebelah Turki mahupun sebelah Syria terdapat beberapa kumpulan yang juga mahu menyeberangi sempadan.

Bagaimanapun, bukan semuanya mendapat kebenaran anggota tentera Turki yang mengawasi.  Apa kriteria atau syarat untuk mendapat kebenaran, terpulang kepada budi bicara mereka.

Sebaik saja menjejaki bumi Syria, kami disambut beberapa anggota tentera penentang rejim Bashar al Assad yang sebahagiannya lengkap bersenjata Ak-47 untuk mengiringi serta mengawal keselamatan kami. Dengan menaiki tiga kenderaan kami kemudian menempuh perjalanan hampir tiga jam sebelum berhenti di satu kawasan berbukit yang dirahsiakan lokasinya.                   

Selepas disambut mesra sekumpulan tentera pejuang di pihak Sunnah itu barulah penulis dimaklumkan yang lokasi itu sebenarnya stor menyimpan makanan dan ubat-ubatan.
Di bangunan itulah disimpan segala makanan dan ubat-ubatan diperoleh hasil wang diberikan

Muslim Care hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin.

Haji Zulkifli Wahijan Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
merangkap Bendahari Agung Muslimcare


Bendahari Agung Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, pihaknya amat berpuas hati kerana dapat melihat sendiri bagaimana wang sumbangan rakyat Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya untuk golongan sasaran iaitu rakyat Syria yang menderita akibat ditindas rejim Bashar sejak tiga tahun lalu.

“Walaupun kami menempuh perjalanan agak sukar untuk ke sini tetapi Alhamdulillah ia berbaloi kerana kami dapat melihat sendiri wang yang Muslim Care amanahkan kepada wakil kami di sini digunakan untuk tujuan yang betul.

“Dengan ini kami berharap semua rakyat Malaysia yang sebelum ini memberi sumbangan kepada Muslim Care juga berpuas hati kerana matlamat mereka dilaksanakan sebaik mungkin oleh wakil kami di Syria,” katanya.

Beliau berkata, berbekalkan semua pengalaman itu Muslim Care lebih bersemangat untuk terus membantu rakyat Syria dan berharap rakyat Malaysia dapat memberi sumbangan ke akaun berikut: 1. Maybank (564490211159) 2. Bank Islam (14032010093666) 3. RHB ( 26212000004747)

Untuk sumbangan secara berterusan untuk pelbagai aktiviti kebajikan dan kemanusiaan Muslim Care, orang ramai boleh juga gunakan kaedah auto debit dengan melayari http://www.muslimcare.org.my/derma/.

 

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A


0 ulasan: