Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Haji Zulkifli Wahijan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haji Zulkifli Wahijan. Papar semua catatan

Rabu, 20 September 2017

Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah di New Zealand



Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah merangkap Presiden Muslimcare Malaysia di New Zealand 




K R I S T A L  T A S N I M   E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jor Keing Kemboja

Upah Haji RM1,600.00 Insyallah sempurna 013 - 755 7011 / 013 279 1608
layari www.suraukini.com

Isnin, 24 Julai 2017

Video Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah berbuka puasa bersama pelarian Syiria


SUMBANGAN rakyat Malaysia bernilai RM350,000 sudah disalurkan menerusi Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) kepada pelarian Syria untuk misi bantuan Ramadan di Reyhanli sempadan Turki-Syria.
Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, jumlah yang disalurkan itu termasuk untuk manfaat pendidikan 1,840 pelajar pelarian Syria.

"Muslim Care mempunyai empat sekolah di Reyhanli iaitu Sekolah El-Hayat (170 pelajar), Sekolah An-Najah (150 pelajar), Sekolah Rendah Mustafa Kamal (320 pelajar) dan Sekolah Menengah Muslim Care (750 pelajar).
"Di dalam Syria pula masing-masing satu sekolah rendah di Idlib (300 pelajar) dan Ariha (150 pelajar).
"Namun, agak menyedihkan dua sekolah di Turki iaitu Sekolah El-Hayat dan Sekolah An-Najah mungkin terpaksa ditutup akibat kekangan kewangan," katanya ketika ditemui Harian Metro di Reyhanli, hari ini.
Selain bantuan pendidikan untuk anak pelarian Syria, Zulkifli berkata pihaknya turut mengagihkan bantuan keperluan asas makanan mengikut kemampuan kepada pelarian Syria yang tinggal di khemah sekitar sempadan Turki-Syria.





K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja


Upah Haji RM1,600.00 Insyallah sempurna 013 755 7011 / 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Ahad, 7 Mei 2017

Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah berbuka puasa bersama pelarian Syiria di Turki



Haji Zulkifli Wahijan - Pengerusi Pusat Tahfiz Ad DIniyyah merangkap Presiden Muslimcare Malaysia



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja

Upah Haji RM1,600.00 Insyallah sempurna 013 755 7011 / 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Isnin, 11 Januari 2016

Ucapan Selamat Hari Raya dari Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah



Tuan Haji Zulkifli Wahijan - Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah merangkap Presiden Muslim Care Malaysia





K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E

Menyokong penuh usaha


Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja







<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 7 Januari 2016

Video 7 Januari 2016 - Status pembinaan Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah


Rakaman status pembinaan terkini Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah sehingga 7 Januari 2016. Sumbangan dana masih diperlukan untuk mempastikan asarama ini siap dibina dan mula beroperasi selewat lewatnya April 2016.

Terima kasih kepada semua yang membantu viralkan video ini.




K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja


Selasa, 30 Jun 2015

Pengerusi Pusat Tahfiz Ad DIniyyah di TV1 - Bina Pusat Islam di Poland


Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Tuan Haji Zulkifli Wahijan di TV1 


Pusat Islam di Benua Eropah 




K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja


<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 30 April 2014

Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah memasuki Syiria melalui laluan tikus

Keratan Akbar Metro hari ini.
Haji Zulkifli paling kanan berdiri atas rakit


Idlib (Syria): Selepas dua hari menunggu di Raihaniah, bandar sempadan Turki - Syria, pasukan bantuan kemanusiaan Muslim Care Malaysia akhirnya berjaya masuk ke Syria, semalam.  Bagaimanapun, pengalaman yang dilalui amat menarik dan mencabar kerana peserta misi tidak melalui jalan biasa, sebaliknya terpaksa meredah laluan tikus.
 
Kira-kira jam 10.30 pagi waktu tempatan iaitu selepas hampir sejam menaiki kereta, rombongan Muslim Care seramai enam orang dari Malaysia termasuk penulis dan tiga wakil di Turki sampai di satu kawasan ladang zaitun yang luas.

Kami kemudian menaiki trak pikap merentasi ladang zaitun itu dengan jalan berdebu dan berlubang selama kira-kira setengah jam sebelum berhenti di tebing sungai.  Di situ kami diperiksa empat anggota pasukan tentera Turki yang menaiki kereta perisai dan lega kami dibenarkan menyeberangi sungai sempadan itu selepas dimaklumkan tujuan ke Syria ialah untuk memberi bantuan.

Kami menyeberangi sungai selebar 50 meter itu dengan menaiki rakit diperbuat daripada besi segi empat sama berukuran 2 meter x 2 meter dan digerakkan dengan hanya menarik tali yang merintangi sungai.

Di tebing sungai sama ada sebelah Turki mahupun sebelah Syria terdapat beberapa kumpulan yang juga mahu menyeberangi sempadan.

Bagaimanapun, bukan semuanya mendapat kebenaran anggota tentera Turki yang mengawasi.  Apa kriteria atau syarat untuk mendapat kebenaran, terpulang kepada budi bicara mereka.

Sebaik saja menjejaki bumi Syria, kami disambut beberapa anggota tentera penentang rejim Bashar al Assad yang sebahagiannya lengkap bersenjata Ak-47 untuk mengiringi serta mengawal keselamatan kami. Dengan menaiki tiga kenderaan kami kemudian menempuh perjalanan hampir tiga jam sebelum berhenti di satu kawasan berbukit yang dirahsiakan lokasinya.                   

Selepas disambut mesra sekumpulan tentera pejuang di pihak Sunnah itu barulah penulis dimaklumkan yang lokasi itu sebenarnya stor menyimpan makanan dan ubat-ubatan.
Di bangunan itulah disimpan segala makanan dan ubat-ubatan diperoleh hasil wang diberikan

Muslim Care hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin.

Haji Zulkifli Wahijan Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
merangkap Bendahari Agung Muslimcare


Bendahari Agung Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, pihaknya amat berpuas hati kerana dapat melihat sendiri bagaimana wang sumbangan rakyat Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya untuk golongan sasaran iaitu rakyat Syria yang menderita akibat ditindas rejim Bashar sejak tiga tahun lalu.

“Walaupun kami menempuh perjalanan agak sukar untuk ke sini tetapi Alhamdulillah ia berbaloi kerana kami dapat melihat sendiri wang yang Muslim Care amanahkan kepada wakil kami di sini digunakan untuk tujuan yang betul.

“Dengan ini kami berharap semua rakyat Malaysia yang sebelum ini memberi sumbangan kepada Muslim Care juga berpuas hati kerana matlamat mereka dilaksanakan sebaik mungkin oleh wakil kami di Syria,” katanya.

Beliau berkata, berbekalkan semua pengalaman itu Muslim Care lebih bersemangat untuk terus membantu rakyat Syria dan berharap rakyat Malaysia dapat memberi sumbangan ke akaun berikut: 1. Maybank (564490211159) 2. Bank Islam (14032010093666) 3. RHB ( 26212000004747)

Untuk sumbangan secara berterusan untuk pelbagai aktiviti kebajikan dan kemanusiaan Muslim Care, orang ramai boleh juga gunakan kaedah auto debit dengan melayari http://www.muslimcare.org.my/derma/.

 

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A


Isnin, 28 April 2014

Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah kini di Turki

Keratan akhbar metro hari ini.
Gaziantep (Turki): Umat Islam di seluruh dunia diperingatkan agar tidak berpeluk tubuh dan membiarkan saja konflik di Syria yang sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu yang kini mengorbankan hampir 200,000 nyawa.
Exco Muslim Care Malaysia, Nazmi Abdul Karim berkata, Syria bumi anbia dan tempat perhimpunan umat Islam akhir zaman sebagaimana sabda Rasulullah SAW, harus dipelihara kesuciannya.

“Di atas kesedaran dan tanggungjawab itulah Muslim Care mengambil tanggungjawab mengutip sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan kepada rakyat Syria yang kini menderita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 100 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu rakyat Syria dalam satu persidangan, semalam.

Nazmi berkata, bermula Mei dua tahun lalu Muslim Care bergiat aktif membantu rakyat Syria yang ditindas rejim Presiden Bashar al-Assad sejak 2011.

Selain menyalurkan pelbagai keperluan, Muslim Care juga dalam proses membina sebuah kilang roti di Damsyik selepas berjaya membina sebuah kilang roti di Gaza, Palestin.
“Kewujudan kilang roti ini penting untuk rakyat dua negara bergolak ini supaya mereka mampu menjana bekalan sendiri serta ada peluang pekerjaan,” katanya.

Muslim Care yang mewakili Malaysia dan satu-satunya wakil NGO dari Asia dijemput ke persidangan itu yang turut dihadiri Perdana Menteri kerajaan sementara Syria, Dr Hassan Hito dan wakil kerajaan Mesir, Dr Muhammad Abd Salaam.
Persidangan selama tiga hari itu bermula Sabtu lalu bertujuan menyatukan semua NGO yang membantu rakyat Syria dari dalam dan luar Turki bagi merancang kerjasama serta saling bertukar pandangan.

Dr Hassan dan Dr Muhammad, kedua-duanya mengucapkan terima kasih kepada Muslim Care serta rakyat Malaysia keseluruhannya yang prihatin dan tidak jemu membantu rakyat Syria.

Dr Muhammad berkata, Rasulullah SAW bersabda apabila rosaknya penduduk Syam (Syria) maka tiada kebaikan bagi kamu (umat Islam).

“Berdasarkan hadis ini, semua umat Islam bertanggungjawab membantu kerosakan yang berlaku di Syria sekarang. Jika kita membiarkannya saja, maka tiadalah lagi kebaikan ke atas kita,” katanya.

Selain menghadiri persidangan di sini, rombongan Muslim Care seramai enam orang termasuk Bendahari Agungnya, Zulkifli Wahijan akan turut ke wilayah Idlib, Syria bagi menyalurkan sumbangan berjumlah kira-kira RM750,000 yang dikutip daripada rakyat Malaysia untuk misi bantuan kali keempat ini.

Sementara itu sumbangan daripada rakyat Malaysia terus diperlukan dan boleh disalurkan melalui nombor akaun Maybank 564490211159 dan Bank Islam 14032010093666 atas nama Muslim Care Malaysia serta akaun RHB Bank 26212000004747 atas nama Muslim Care.


S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 17 April 2014

Video Save Syiria Children

 
Semoga Allah permudahan misi ini

Video Save Syiria Children . 
 

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
 







 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
 
 

Rabu, 16 April 2014

Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah ke Syiria lagi - Misi kemanusiaan - Semoga Allah berkati perjuangan mu.

 
 Jom sertai kami bantu mereka!!
 


Insyallah pada 26 April 2014, Tuan Haji Zulkifli Wahijan, Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah merangkap Bendahari Muslim Care Malaysia akan berangkat ke Syiria untuk misi bantuan kemanusiaan. Beliau bersama Ustaz Nazmi Abdul Karim EXCO muslimcare akan berada di Syiria mulai 26 April hingga 3 Mei 2014.

Tahniah Haji Zul dan ustaz Nazmi, anda kebanggan kami!!

 
Sebelum ini Muslim care telah membina kilang roti di Gaza. Lihat minit 4.20 dalam video ini
 
 
 
 
S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 














 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


 
 

Ahad, 6 Oktober 2013

Video Sekitar Misi Dakwah Muslimcare Malaysia ke Pulau Mabul 2013




Admin ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam misi dakwah ke Pulau Mabul Muslimcare Malaysia pada 13 - 16 September baru baru ini.
 
Admin turut rasa berbangga kerana Pengerusi Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah yang juga merangkap Bendahari Muslimcare kerana turut terlibat dalam misi kali ini 
 
Tahniah kepada semua. Semoga amal baik diterima Allah
 
 
 


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A






 

Jumaat, 8 Mac 2013

Tahniah! Haji Zulkifli Wahijan Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah



SK merakamkan ucapan tahniah kepada Haji Zulkifli Wahijan Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah , Bendahari Muslimcare atas kejayaan anak beliau Farihah Binti Zulkifli merangkul tempat kedua Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-34 Tahun 1434H / 2013M yang diadakan di Pulau Pinang malam ini.

 

Tarikh: Mar 04, 2013
Lokasi:
Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas
      


Farihah Binti Zulkifli
Naib Juara Hafazan Peringkat Kebangsaan
Gambar dari Arkib SK
 
Tahniah untuk seisi keluarga. Semoga Haji Zulkifli dapat terus memimpin Delegasi Ad Diniyyah dalam pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 11 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tahniah ! Bravo! Alf Mabrook!
 










 


Ahad, 24 Februari 2013

Dari Ad Diniyyah ke Gaza. Video terbaik dari Gaza - Misi Muslimcare


 Haji Zulkifli Wahijan
Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
Merangkap Bendahari Muslimcare

Tahniah Haji Zulkifli Wahijan yang telah selamat pulang dari Gaza membawa misi kemanusiaan minggu lepas. Misi ke 5 Muslimcare. Saksikan video terbaik. Tahniah Haji Zulkifli dan seluruh yang terlibat!! Terbaek!!

 



 











Rabu, 12 Disember 2012

Forum Pasca Perang Gaza


 
Keratan Akhbar Metro -
 
Keratan Akhbar Metro
 
 

Dengarkan rakaman Forum Pasca Perang Gaza Bersama Ustaz Ridhuan Mohamad Nor, Haji Zulkifli Wahijan dan Syeikh Ahmad Najar malam tadi.

Kredit rakaman untuk Arrawa Kuliah Nusantara

 
Dari Ad Diniyyah Ke Gaza 
Ustaz Ridhuan Mohamad Nor dan Haji Zulkili di Gaza
Haji Zulkifli Bendahari Muslim Care merangkap Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
 
Insyallah SK akan usaha untuk dapatkan video rakaman di Gaza

 
 

Rabu, 5 Disember 2012

Dari Ad Diniyyah ke Gaza

 
Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Haji Zulkifli merangkap Bendahari Muslimcare di Harian Metro hari ini
 
Gambar: Haji Zulkifli bersalaman dengan Anwar selepas menandatangani persefahaman membina Masjid Muhammad Al Amin
 
GAZA 5 Dis 2012 : Masjid menelan belanja lebih RM300,000 itu sudah melalui proses pecah tanah dan rancak dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada Pertubuhan Penyayang Islam (Muslim Care) Malaysia sejak 14 November lalu.
Presiden Pertubuhan Emaar For Development and Rehabilitation Gaza, Dr Anwar Abdul Aziz berkata, masjid dinamakan sebagai Masjid Muhammad Al Amin dianggap simbol kasih sayang rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza
 
Menurutnya, banyak bangunan masjid di Semenanjung Gaza yang runtuh akibat sasaran serangan bom dan roket tentera Zionis baru-baru ini.
“Menyedari masalah menimpa penduduk Gaza, pihak Muslim Care Malaysia segera melakukan kutipan derma kilat untuk membantu rakyat Gaza selain memastikan masjid yang runtuh dapat dibina semula secepat mungkin.
Perjanjian persefahaman itu dimeterai antara Bendahari Agung Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan dan Anwar di pejabat operasi Pertubuhan Emaar For Development and Rehabilitation Gaza, di sini. Zulkifli yang ditemui berkata, masjid baru di Gaza yang sedang dibina itu masjid pertama hasil sumbangan ikhlas rakyat Malaysia. yang bersimpati terhadap warga Tebing Gaza.

“Saya penuh yakin sasaran kutipan derma tabung kecemasan Gaza berjumlah RM1 juta menjelang penghujung Disember ini mampu diperoleh,” katanya sambil memberitahu sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank 564490211159.