Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Haji Zulkifli merangkap Bendahari Muslimcare di Harian Metro hari ini
Gambar: Haji Zulkifli bersalaman dengan Anwar selepas menandatangani persefahaman membina Masjid Muhammad Al Amin
GAZA 5 Dis 2012 : Masjid menelan belanja lebih RM300,000
itu sudah melalui proses pecah tanah dan rancak dibina hasil sumbangan rakyat
Malaysia kepada Pertubuhan Penyayang Islam (Muslim Care) Malaysia sejak 14
November lalu.
Presiden
Pertubuhan Emaar For Development and Rehabilitation Gaza, Dr Anwar Abdul Aziz
berkata, masjid dinamakan sebagai Masjid Muhammad Al Amin dianggap simbol kasih
sayang rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza
Menurutnya, banyak bangunan masjid di Semenanjung Gaza yang
runtuh akibat sasaran serangan bom dan roket tentera Zionis baru-baru ini.
“Menyedari masalah menimpa penduduk Gaza, pihak Muslim Care
Malaysia segera melakukan kutipan derma kilat untuk membantu rakyat Gaza selain
memastikan masjid yang runtuh dapat dibina semula secepat mungkin.
Perjanjian persefahaman itu dimeterai antara Bendahari
Agung Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan dan Anwar di pejabat operasi
Pertubuhan Emaar For Development and Rehabilitation Gaza, di sini. Zulkifli yang ditemui berkata, masjid baru di Gaza yang
sedang dibina itu masjid pertama hasil sumbangan ikhlas rakyat Malaysia. yang
bersimpati terhadap warga Tebing Gaza.
“Saya penuh yakin sasaran kutipan derma tabung kecemasan Gaza berjumlah RM1 juta menjelang penghujung Disember ini mampu diperoleh,” katanya sambil memberitahu sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank 564490211159.
0 ulasan:
Catat Ulasan