Jom lihat suasana terkini di Masjidil Haram. Video rakaman 1 September 2013 bersamaan 25 Syawal. Beberapa hari lagi Bulan Zulkaedah bakal menjelang tiba. Musim Haji tiba lagi. Kota suci ini akan kembali sibuk.
Lihatlah suasana tenang ini. Dengarkan laungan azan Syeikh Ali Ahmad Mulla. Dengarkan lentok indah suara Syeikh Maher Muaiqly.
Rakaman video menunjukkan pembesar - pembesar Negara Arab Saudi mencuci Kaabah. Upacara tahunan menjelang kedatangan Ramadhan 1434. Rakaman pada 10 Julai 2013 bersamaan 1 Sya'aban 1434.
Semakan Arah Kiblat berdasarkan Fenomena Istiwa A'zom berlaku setiap dua kali setahun di mana ketika itu matahari berada di atas kaabah (waktu tengahari di Masjidl Haram). Oleh itu umat Islam khususnya di Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat pada 28 Mei 2013 tepat jam 5:16 petang.
Bagaimana caranya??:
1. Dirikan kayu secara menegak di tanah lapang (bagi rumah yang menghadap matahari terbenam boleh gunakan jenang pintu rumah / tingkap)
2. Tunggu waktu yang ditetapkan.
3. Bayang - bayang yang terhasil daripada objek tersebut adalah menghadap kiblat.
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat - sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam. Saya ringkaskan di sini untuk sahabat - sahabat budiman
Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah. Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha. Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.
Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.
Bagaimana boleh peluk Islam?
Kaabah. - sy suka tgk kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.
Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak - kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.
Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;
"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."
Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.
Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah. Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya.
SK : Alhamdulillah melihat kaabah pun boleh menyebabkan jiwa tenang. Klik sini untuk melihat Kaabah live 24 jam sehari
Saksikan suasana di Al Makkah Al Mukarramah di awal bulan Safar 1434 Hijrah. Snapshot diambil pada waktu zohor 2 Safar 1434. Suasana lengang. Tonton suasana di Makkah LIVE di sini
Setiap tahun anda berpeluang menyaksikan proses mengganti kiswah (kain kelambu kaabah). Proses menukar kiswah ini dilakukan pada setiap 9 Zulhijjah. Ini adalah video rakaman tahun 2011. Lihat bagaimana proses menukar kiswah dilakukan pada tanggal 9 Zulhijjah 1432. Insyaallah anda akan berpeluang lagi untuk menyaksikannya esok. 9 Zulhijjjah. Ikuti siaran langsung di blog ini.
Hari ini 8 Zulhijjah 1433. Seluruh jemaah haji mula bergerak ke Padang Arafah untuk menunaikan rukun Haji - Wukuf-. Jangan terlepas! saksikan lintas langsung suasana di Makkah di blog suraukini.
Kalau bernasib baik anda berpeluang menyaksikan acara tahunan - Menukar kelambu kaabah pada 9 Zulhijjah 1433. Rajin - rajin la singgah ke blog ini.
Selamat Bercuti, selamat pulang ke kampung. Hati - hati di jalanraya.
Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.
Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul - betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).
Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…
Bilakah Istiwa A’zam berlaku?
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada: 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
MAKKAH: Kerja meluasan Mataf, kawasan tempat jemaah mengelilingi Kaabah sudah dimulakan. Projek itu jika siap kelak akan meningkatkan kapasiti kawasan tawaf daripada 52,000 sejam kepada 130,000 sejam.
Usaha meluaskan kawasan tawaf itu adalah sebahagian projek pembangunan besar-besaran yang terbaru bagi meluaskan Masjidil Haram. Lebih 10,000 pekerja binaan terbabit dalam melaksanakan lapan projek baru di kawasan itu.
Pejabat Hal Ehwal Dua Masjid Suci bertanggungjawab memantau projek berkenaan bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi yang menugaskan sekumpulan pakar akademik bagi meninjau projek itu.
Ia dilaksanakan syarikat Bin Laden. Komander tentera yang mengawal keadaan Masjidil Haram, Kolonel Massad Al-Zahrani, berkata kepada media, kerja pembinaan tidak menjejaskan ibadah jemaah dalam tempoh 75 hari akan datang. Kerja pembinaan akan dihentikan pada pertengahan Sya’ban itu pada minggu pertama Julai.
Peluasan keseluruhan Masjidil Haram menelan perbelanjaan 40 bilion riyal (RM32.6 bilion) dan dijangka menambah kapasiti hingga dua juta jemaah. - SG
Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.
Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kucup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.
Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.
Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:
“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.
Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka'bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang - orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.
Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”
Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji. Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
2. "'Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.'' (Muttafaqun alaihi).
3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.
Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.
Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam
Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.
Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan"
(QS. An-Najm : 53)
Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad Saw adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.
Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.
JEDDAH: Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Naif menyeru supaya projek meluaskan mataf (tempat bertawaf mengelilingi Kaabah) yang dapat menempatkan 130,000 jemaah haji pada satu masa, dipercepatkan.
Dia berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Haji di pejabatnya di Riyadh. Mesyuarat itu membincangkan setiap aspek dalam projek itu, terutama dalam menangani masalah berkurangnya keluasan mataf ketika pembinaan sedang dijalankan.
Menurut laporan agensi berita Saudi, apabila siap, projek itu dapat meningkatkan kapasiti mataf daripada 52,000 kepada 130,000 jemaah. Projek itu sudah pun dimulakan. Menurut perancangannya, mataf itu akan diluaskan 20 meter hingga ke serambi Uthmaniyah di setiap tingkat dalam Masjid Besar termasuk di teres.Di bahagian bawah, tiang di ruang solat akan diruntuhkan untuk projek perluasan mataf itu.
Mesyuarat itu turut membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan haji dan jemaah, juga mengenai projek pembinaan di Makkah dan beberapa tempat suci.
Putera Naif kemudian bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Mauritius, Mohamed Pild Beilill yang menandatangani perjanjian keselamatan dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri Putera Ahmed. - Agensi
Video ini SK rakam pada Jumaat 21 Oktober 2011. Kira - kira 2 minggu sebelum hari Wukuf 1432. Semasa rakaman ini, SK berada di tingkat paling atas bangunan Masjidil Haram. Tingkat paling atas tempat sa'ie. Merakam sambil - sambil menunggu masuknya waktu isyak. Deruan angin dah mula terasa dari tingkat ini. Angin sederhana sejuk di waktu malam. Waktu siang udaranya masih panas. Tak sesuai untuk berada di tingkat ini di waktu siang. Cuacanya panas dan anginnya panas.
Dalam rakaman ini anda boleh dengar bunyi deru angin itu.
Jemaah haji sudah mula bertambah waktu ini. Dari atas, anda boleh lihat kawasan tempat tawaf agak padat. Ada juga jemaah yang tawaf di tingkat satu kerana tidak mahu berasak - asak di dataran depan ka'abah.
Dengar khabarnya dataran tempat tawaf ini akan diperluaskan tidak lama lagi.
Dari tingkat atas ini juga anda boleh melihat kren yang berceracak di bahagian luar masjid. Kerja - kerja pembinaan sedang rancak dijalankan. 24 jam sehari. Tanpa henti.
Admin nak berkongsi gambar yang sempat dirakam sewaktu menunaikan Haji di Makkah Al Mukarramah. 2011/ 1432
Gambar Kaabah.
Gambar ini bertarikh 11 Oktober 2011 -
Kelihatan kelambu kaabah menutupi seluruh bangunan Kaabah.
Tetapi gambar bertarikh 12 Oktober 2011 kelihatan kelambu kaabah disingkap naik ke atas.
Jemaah semakin ramai. Sesak di dataran tawaf. Manusia berhimpit sampai dinding kaabah. Ada tangan - tangan gatal yang cuba menggunting kain kelambu kaabah, kononnya untuk buat azimat dan pelaris.
Kerja khurafat
Pemandangan dari tingkat 1 - Dataran tawaf yang padat
Dari dataran tawaf
Selepas solat Asar - suasana agak redup selepas waktu asar.
JEDDAH: Raja Abdullah akan meletakkan batu asas untuk projek peluasan Masjidil Haram esok. Projek berkenaan yang meliputi kawasan seluas 400,000 meter persegi akan mewujudkan kawasan tambahan solat untuk 1.2 juta jemaah lagi. “Projek baru itu yang dinamakan Perluasan Raja Abdullah, akan dilaksana dengan menggunakan sistem mekanikal dan elektrikal paling canggih,” kata Naib Presiden Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Muhammad Al-Khozaim Perluasan itu juga melibatkan pembinaan kemudahan asas, termasuk sistem pembuangan sampah dan kawalan keselamatan.
Pelindung sinar matahari juga akan dipasang di bahagian utara perkarangan Masjidil Haram. Bangunan baru akan dihubungkan dengan masjid sedia ada dan kawasan sai dengan beberapa jambatan. Ia juga akan dilengkapi dengan sistem penghawa dingin serta eskalator.
Muhammad juga mendedahkan rancangan untuk meluaskan kawasan tawaf serta menyediakan sistem penghawa dingin ke seluruh bahagian Masjidil Haram.
Menurutnya, kedua-dua projek itu akan dilaksanakan serentak dengan projek peluasan Masjidil Haram. Bercakap mengenai projek lain yang dilaksanakan atas arahan Raja Abdullah, beliau berkata, kawasan sai yang baru diluaskan kini boleh memuatkan 118,000 jemaah sejam, berbanding 44,000 sebelum ini.
Beliau menyifatkan Menara Yayasan Raja Abdul Aziz sebagai antara projek hartanah terbesar di Makkah. Ia terdiri daripada enam bangunan kediaman dan sebuah hotel lima bintang. Bangunan di depan setinggi 28 tingkat sementara di belakang, 35 tingkat Menara sisi terdiri daripada bangunan 45 tingkat sementara hotel, 60 tingkat. Keseluruhan kompleks berkenaan dengan 11,000 bilik dan suite boleh menempatkan 35,000 jemaah.
Muhammad memuji Raja Abdullah kerana mengambil daya usaha melaksanakan projek penting bagi kebajikan jemaah. Ini termasuk rangkaian Kereta Api Mashair yang menghubungkan Mina, Arafah dan Muzdalifah, jambatan Jamrah serta projek pencegahan banjir di sekitar Masjidil Haram.
Projek Jambatan Jamrah yang dilaksanakan dengan belanja SR4.5 bilion, amat penting dalam mengelak kejadian mati akibat kesesakan ketika kerja melontar jamrah pada musim haji.Rangakain Kereta Api Mashair akan beroperasi sepenuhnya sebelum musim haji November ini.
Ia akan membabitkan 17 kereta api dengan 12 gerabak setiap satu kereta api yang boleh mengangkut kira-kira 3,000 jemaah pada satu-satu masa. - AN
JEDDAH: Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah akan meletakkan batu asas kerja peluasan Makkah al-Haram dalam beberapa hari lagi. Projek berkenaan dinamakan sebagai Peluasan Makkah al-Haram Raja Abdullah. Abdullah juga akan merasmikan beberapa projek pembangunan lain yang bertujuan memperbaiki keselamatan dan keselesaan jemaah di dua masjid suci dan tempat suci.
Projek yang sedang dijalankan di Makkah al-Haram termasuk peluasan halaman utara Masjidil Haram, Masaa (kawasan antara Safa dan Marwah), projek Pembiayaan Raja Abdul Aziz, projek Jalan Raya Raja Abdul Aziz, projek kereta api Mashair yang menghubungkan Mina, Arafah dan Muzdalifah serta projek Haramain.
Sistem kereta api menghubungkan dua masjid suci di Makkah dan Madinah, projek Pembangunan Zon Pusat dan jalan bulatan baru sebagai tambahan kepada projek perparitan banjir di tempat suci dan kompleks Al-Jamarat, lapor akhbar harian Al-Riyadh, semalam. Projek Masjid Nabawi di Madinah termasuk peluasan halaman sekeliling masjid di semua arah membolehkan pertambahan kapasiti seramai 350,000 orang.
Beberapa projek terbesar dilaksanakan atas arahan Raja Abdullah termasuklah pembangunan Jambatan Al-Jamarat yang bertujuan meningkatkan kapasiti kepada 5 juta jemaah dan projek kereta api Mashair dijadualkan beroperasi sepenuhnya sebelum musim haji November ini bermula.
Perkhidmatan metro akan mempunyai 17 kereta api dengan 12 gerabak. Pembangunan projek Pembiayaan Raja Abdul Aziz terdiri daripada enam menara kediaman dan hotel lima bintang. Menara di bahagian depan antara enam menara itu adalah setinggi 28 tingkat, manakala menara di bahagian belakang setinggi 35 tingkat. Menara di bahagian sisi setinggi 45 tingkat, manakala menara hotel pula adalah setinggi 60 tingkat. Keseluruhan kompleks yang mempunyai 11,000 bilik dan suite itu akan memuatkan 35,000 jemaah.
MEKAH 12 Nov. 2010 – Kira-kira 2.5 juta jemaah bakal membanjiri Mekah bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, di tengah-tengah kawalan keselamatan ketat dan fasiliti baru termasuk sistem pengangkutan kereta api yang memudahkan pergerakan jemaah bagi mengelakkan kematian akibat keadaan terlalu sesak.
Bilangan jemaah rasmi masih belum diketahui sehingga kini kerana masih ramai jemaah haji tiba dari luar negara. Bagi memastikan kelancaran ibadah haji musim ini, Arab Saudi membangunkan kemudahan-kemudahan baru bagi menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah.
Fasiliti terbaru yang dibina adalah Kereta Api Mashair, pengangkutan aliran ringan yang menghubungkan Mina, Muzdalifah dan Arafah iaitu lokasi-lokasi yang biasanya sesak dengan jemaah.
Pengerusi Jawatankuasa Haji dan Umrah di Dewan Perdagangan Mekah, Saeed al-Qurashi berkata, sebagai permulaan, hanya 35 peratus daripada kapasiti keseluruhan kereta api itu akan beroperasi dan ia mampu menggantikan penggunaan 4,000 bas.
Kematian 364 jemaah pada Januari 2006 dan 1,426 jemaah pada Julai 1990 akibat insiden rempuhan masing - masing di pintu masuk jambatan Jamarat dan terowong di Mina, membuatkan pihak berkuasa negara mengambil keputusan merobohkan jambatan itu dan menggantikannya dengan jambatan baru bertingkat.
Struktur baru itu dibina dengan lebih banyak pintu masuk dan keluar selain dipasang 30 kamera dilengkapi perisian yang mampu mengukur kepadatan jemaah. – AFP
K R I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E (No Pendaftaran SSM 002118796-U)
Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja
Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha
Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Madrasah Tahfiz Al Hikmah Rokapram Kemboja
Surau Al Tasnim Rokapram Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Syaikh Abdulaziz Al-Syaibi, penjaga kunci Ka'bah telah meninggal dunia pada hari Ahad pagi kemarin (7/11) dalam usia 82 tahun. Tubuhnya dimakamkan di pemakaman Maalla setelah disolatjenazahkan di Masjidil Haram.
Keluarga Al-Syaibi telah memegang posisi penjaga kunci Ka'bah sejak zaman Jahiliyah (masa pra-Islam). Jabatan ini diwariskan oleh anggota tertua dari keluarga dan tidak diberikan dari ayah ke anak. Umur merupakan landasan untuk mendapatkan warisan sebagai penjaga kunci Ka'bah.
Semua penguasa Muslim menghormati keluarga Al-Syaibi yang menjadi penjaga Ka'bah Suci dan kuncinya. Keluarga penjaga saat ini terhubung dengan Utsman bin Syaiba Abithalha yang hidup pada masa Nabi Muhammad (saw).
Keluarga Al-Syaibi telah memegang posisi sejak masa Qusay bin Kilab yang hidup sebelum Nabi Muhammad (saw). Raja Faisal memberikan kunci Ka'bah kepada Syaikh Amin, saudara Abdulaziz Al-Syaibi. Syaikh Abdulaziz Al-Syaibi telah menjaga kunci Ka'bah selama 16 tahun terakhir. Sedangkan keluarga Al-Syaibi telah melayani sebagai penjaga Ka'bah suci selama 15 abad terakhir. Ada 370 anggota keluarga Al-Syaibi dan sebagian besar dari mereka tinggal di Mekkah.
Ka'bah dibersihkan dua kali dalam setahun, sekali dalam pertengahan bulan Sya'ban dan yang kedua di tengah bulan Dzul Qaadah menggunakan air Zamzam yang dicampur dengan air mawar dan parfum dengan Oud.
Menurut Abdulaziz, Ka'bah tetap terbuka tiga kali dalam sebulan bagi masyarakat untuk masuk dan berdoa di dalamnya. Tetapi ketika jumlah orang yang ingin memasuki bangunan suci tersebut meningkat, Ka'bah kembali ditutup.
Kunci Ka'bah tidak berubah dengan perubahan pintu. Selama masa Raja Khalid, pintu telah diubah tetapi kuncinya tetap tidak berubah. Pintu Ka'bah selebar 2,40 meter dan tinggi 1,70 meter.Pintu ini terbuat dari emas murni.(fq/arabnews)
Mungkin anda telah beberapa kali ke Makkah, tapi mungkin belum berkesempatan melihat keadaan begini berlaku di depan Kaabah. Sekadar berkongsi maklumat. Lihatlah kemulian kaabah , manusia masih tetap bertawaf walaupun lantai digenangi air.
Melihat kepada bangunan disekitar Masjid, gambar ini berkemungkinan baru diambil, tidak pasti siapa yang mengirimnya.
Cuaca mendung sebelum hujan turun
Tawaf diatas lantai yang digenangi air
Anak -anak seronok bermain air
K R I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E (No Pendaftaran SSM 002118796-U)
Menyokong Penuh Usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja