Jumaat, 19 Ogos 2011

Pembesaran Masjidil Haram bermula


 JEDDAH: Raja Abdullah akan meletakkan batu asas untuk projek peluasan Masjidil Haram esok. Projek berkenaan yang meliputi kawasan seluas 400,000 meter persegi akan mewujudkan kawasan tambahan solat untuk 1.2 juta jemaah lagi. “Projek baru itu yang dinamakan Perluasan Raja Abdullah, akan dilaksana dengan menggunakan sistem mekanikal dan elektrikal paling canggih,” kata Naib Presiden Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Muhammad Al-Khozaim Perluasan itu juga melibatkan pembinaan kemudahan asas, termasuk sistem pembuangan sampah dan kawalan keselamatan.

Pelindung sinar matahari juga akan dipasang di bahagian utara perkarangan Masjidil Haram. Bangunan baru akan dihubungkan dengan masjid sedia ada dan kawasan sai dengan beberapa jambatan. Ia juga akan dilengkapi dengan sistem penghawa dingin serta eskalator.

Muhammad juga mendedahkan rancangan untuk meluaskan kawasan tawaf serta menyediakan sistem penghawa dingin ke seluruh bahagian Masjidil Haram.
 

Menurutnya, kedua-dua projek itu akan dilaksanakan serentak dengan projek peluasan Masjidil Haram. Bercakap mengenai projek lain yang dilaksanakan atas arahan Raja Abdullah, beliau berkata, kawasan sai yang baru diluaskan kini boleh memuatkan 118,000 jemaah sejam, berbanding 44,000 sebelum ini.
Beliau menyifatkan Menara Yayasan Raja Abdul Aziz sebagai antara projek hartanah terbesar di Makkah. Ia terdiri daripada enam bangunan kediaman dan sebuah hotel lima bintang. Bangunan di depan setinggi 28 tingkat sementara di belakang, 35 tingkat Menara sisi terdiri daripada bangunan 45 tingkat sementara hotel, 60 tingkat. Keseluruhan kompleks berkenaan dengan 11,000 bilik dan suite boleh menempatkan 35,000 jemaah.
Muhammad memuji Raja Abdullah kerana mengambil daya usaha melaksanakan projek penting bagi kebajikan jemaah. Ini termasuk rangkaian Kereta Api Mashair yang menghubungkan Mina, Arafah dan Muzdalifah, jambatan Jamrah serta projek pencegahan banjir di sekitar Masjidil Haram.

Projek Jambatan Jamrah yang dilaksanakan dengan belanja SR4.5 bilion, amat penting dalam mengelak kejadian mati akibat kesesakan ketika kerja melontar jamrah pada musim haji.Rangakain Kereta Api Mashair akan beroperasi sepenuhnya sebelum musim haji November ini.

 

Ia akan membabitkan 17 kereta api dengan 12 gerabak setiap satu kereta api yang boleh mengangkut kira-kira 3,000 jemaah pada satu-satu masa. - AN





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,

kepada SURAUKINI, ini more info regarding the article. Yahudi mmg dah rancang awal2 dah..

http://blograyau.blogspot.com/2010/11/arrival-part-6-senibina-dan-tenaga.html

-lightspeed traveller