Sabtu, 13 Ogos 2011

Gambaran Masjidil haram pada tahun 2020



JEDDAH: Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah akan meletakkan batu asas kerja peluasan Makkah al-Haram dalam beberapa hari lagi. Projek berkenaan dinamakan sebagai Peluasan Makkah al-Haram Raja Abdullah. Abdullah juga akan merasmikan beberapa projek pembangunan lain yang bertujuan memperbaiki keselamatan dan keselesaan jemaah di dua masjid suci dan tempat suci.

Projek yang sedang dijalankan di Makkah al-Haram termasuk peluasan halaman utara Masjidil Haram, Masaa (kawasan antara Safa dan Marwah), projek Pembiayaan Raja Abdul Aziz, projek Jalan Raya Raja Abdul Aziz, projek kereta api Mashair yang menghubungkan Mina, Arafah dan Muzdalifah serta projek Haramain.

Sistem kereta api menghubungkan dua masjid suci di Makkah dan Madinah, projek Pembangunan Zon Pusat dan jalan bulatan baru sebagai tambahan kepada projek perparitan banjir di tempat suci dan kompleks Al-Jamarat, lapor akhbar harian Al-Riyadh, semalam. Projek Masjid Nabawi di Madinah termasuk peluasan halaman sekeliling masjid di semua arah membolehkan pertambahan kapasiti seramai 350,000 orang. 

Beberapa projek terbesar dilaksanakan atas arahan Raja Abdullah termasuklah pembangunan Jambatan Al-Jamarat yang bertujuan meningkatkan kapasiti kepada 5 juta jemaah dan projek kereta api Mashair dijadualkan beroperasi sepenuhnya sebelum musim haji November ini bermula. 

Perkhidmatan metro akan mempunyai 17 kereta api dengan 12 gerabak. Pembangunan projek Pembiayaan Raja Abdul Aziz terdiri daripada enam menara kediaman dan hotel lima bintang. Menara di bahagian depan antara enam menara itu adalah setinggi 28 tingkat, manakala menara di bahagian belakang setinggi 35 tingkat. Menara di bahagian sisi setinggi 45 tingkat, manakala menara hotel pula adalah setinggi 60 tingkat. Keseluruhan kompleks yang mempunyai 11,000 bilik dan suite itu akan memuatkan 35,000 jemaah.

0 ulasan: