Ahad, 7 Ogos 2011

Ramadhan yang meriah!! Gambar sekitar Majlis berbuka puasa petang semalam

Azan berkumandang - menjamah kurma sebelum membelasah kambing ..... hehehehe

Pertamanya SK nak merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua jemaah surau yang bertungkus lumus menjayakan majlis berbuka puasa petang semalam. Ramai yang turun membantu , anak - anak muda , dan pelajar tahfiz bersemangat membantu. Tahniah untuk lajnah Muslimat kerana berja menjayakan majlis ini dengan teratur.

SK menganggarkan seramai 220 - 250 hadir di majlis tersebut. Makanan pun lazat. Dua ekor kambing bakar habis dikerjakan.:). SK sempat merakam beberapa keping gambar. Sekadar untuk tatapan pembaca blog dan untuk Arkib Suraukini.

Pemasangan meja baru - Meja wakaf Ad Diniyyah

Tengahari semalam, ketika Lajnah Muslimat sibuk menyiapkan juadah berbuka, SK dan Tuan Bendahari sempat ke kedai plastik di Selayang membeli meja tambahan untuk kegunaan majlis ini. Alhamdulillah semalam 15 meja baru dibeli dan siap dipasang. Anak - anak tahfiz menunjukkan bakat memasang meja. :) Jumlah meja baru yang dibeli untuk tahun ini ialah 31 unit. Alhamdulillah, Tahun ini meja baru , khemah pun baru.
Sebahagian muslimat yang terlibat. Kak Zah mengatur strategi memasak. :)
Abe Mere - bergaya dengan baju kuning (Memang tak serik - serik dia ni hihihihihih)


Bukan senang nak menyusun 15 unit meja dalam Rexton ni
Pak Siak dan anak - anak Tahfiz
Menyiapkan juadah - Kuih tradisi Buah Melaka

 Bila azan berkumandang - Hilang rasa penat seharian...

0 ulasan: