Isnin, 8 Ogos 2011

Ramadhan yang meriah!! Berbuka Puasa Bersama Ustaz Zamri


Salam semua !!

Salam ceria di pagi Ramadhan. SK nak ambil kesempatan untuk mewar - warkan Majlis berbuka Puasa Bersama Ustaz Zamri yang akan diadakan pada 20 Ogos 2011. Majlis Berbuka Puasa ini adalah bagi membantu  mengumpul dana pendidikan Anak - anak PASTI Ar Raudhah Bandar Baru Selayang Fasa 2A.
  • Lokasi : Pusat Tahfiz Ad Diniyyah / Surau Ad Diniyyah. No 62, Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Batu Caves (lihat Peta)
  • Tarikh : 20 Ogos 2011
  • Hari : Sabtu
  • Aturcara :
  • Santai Ustaz Zamri Bersama Anak - anak
  • Sesi Fotografi
  • Berbuka Puasa
  • Tazkirah Tarawikh oleh Ustaz Zamri.
Sumbangan dan Penajaan amat dialu -alukan. Untuk pembelian kupon berbuka bersama Ustaz Zamri, Hubungi 0139842644 (Ustaz Azhari), 0193671233 (Arman)  013-7222558 (En. Sham)

0 ulasan: