LOS ANGELES, Amerika Syarikat – Matahari menghamburkan letusan api amat kuat  kelmarin sekali gus yang terbesar dalam tempoh hampir lima tahun. Saintis - saintis memberitahu, impak fenomena berkenaan ke atas sistem satelit  dan komunikasi adalah kecil kerana letusan berlaku di permukaan matahari yang  membelakangkan Bumi. 
Seorang saintis angkasa lepas A, Joe Kunches yang bertugas di Pusat Ramalan  Cuaca negeri Colorado berkata, cuma terdapat laporan gangguan gelombang radio  pendek di Asia susulan letusan kuat itu. Matahari kini berada dalam fasa perubahan memasuki kitaran lebih aktif. Saintis-saintis meramalkan akan berlaku lebih banyak letusan solar dalam masa  lima tahun akan datang dengan letusan solar serupa berlaku pada Disember 2006.
SK: Betapa kerdilnya manusia untuk menanggung azab neraka yang pastinya lebih mengerikan. Tiada yang mustahil di sisi Allah untuk mencipta sesuatu yang lebih menakutkan dari video ini.
Semoga Allah mengampuni dosa kita di Ramadhan Al Mubarak ini!

0 ulasan:
Catat Ulasan