Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Rabu, 30 Oktober 2013

Video Menarik! Teknologi terbaru dari Fujitsu


"Kertas kini boleh juga menjadi media layar sentuh seperti smartphone dan tablet. Teknologi ini telah dicipta oleh Fujitsu, yang membolehkan jari pengguna berlegar di atas kertas seperti yang dilakukan pada skrin smartphone

Dipetik dari Mashable, teknologi oleh Fujitsu ini boleh mengesan objek yang disentuh jari, kemudiannya mengubah permukaan apa pun, termasuk kertas, meja atau dinding menjadi media layar sentuh.

"Sistem ini tidak menggunakan hardware yang khusus. Hanya menggunakan webcam dan projektor biasa. keupayaan" ini diperolehi dengan teknologi pemprosesan imej" jelas Taichi Murase, penyelidik di Media Service System Lab Fujitsu.
Seperti yang boleh dilihat dalam video dibawah, ditunjukan bagaimana kita boleh memanipulasi data pada sehelai kertas dengan menggunakan gerakan jari,seperti di smartphone atau tablet, pengguna boleh menyalin gambar atau teks serta menyimpannya ke memori.

Selain dari permukaan yang mendatar, teknologi ini juga boleh di aplikasikan di permukaan yang melengkung atau tidak rata. Ini memberikan kelebihan supaya memanipulasi data dari media seperti buku.

Teknologi ini masih dalam tahap demontrasi, para penyelidik di Fujitsu merancang mengembangkannya bagi kepentingan komersial. Diharapkan pada tahun 2014, produk ini sudah boleh dikeluarkan dipasaran.
Sibersensasi


Sabtu, 7 September 2013

Video - Ketahui cara penjenayah access akaun bank anda dengan menggunakan sim kad



Penjenayah semakin licik. Teknologi boleh dimanupulasi. Awas! ketahui bagaimana penjenayah mampu access akaun bank dengan menggunakan sin kad.

Hati - hati ye!!

 

 


 

Isnin, 2 September 2013

Info berguna untuk dikongsi - Penggunaan data roaming di luar negara

 
 
Awas! Jika anda menggunakan telefon pintar ketika berada luar negara.
 
 
Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana. Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut," katanya.

Seorang pengguna telefon pintar telah berada di Timur Tengah selama 12 hari dan telah menerima satu 'kejutan' bil telefon berjumlah RM122,703 untuk khidmat 'data roaming'. Satu lagi kes berlaku untuk perjalanan selama empat hari ke Singapura dan pengguna dikenakan caj sebanyak RM23,000 kerana memeriksa e-mel dalam tempoh tersebut.

Justeru, anda perlu berhati-hati dengan penggunaan telefon pintar. Melayari Internet di telefon bimbit semasa di luar negara boleh menjadikan bil anda melambung tinggi.

Jika tidak berhati-hati, ia boleh berakhir dengan caj data yang dikenakan melebihi harga sebuah kereta.

Nama-nama besar juga tidak terkecuali berdepan situasi ini.

Seorang "mangsa" yang dikenakan caj yang tinggi adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menerima 'bil kejutan' selepas perjalanan yang singkat ke Indonesia.

"Saya hanya menggunakan 'data roaming' selama beberapa minit sehingga akhir penginapan saya tetapi saya telah dikenakan bil sejumlah RM4,500 untuk itu," katanya kepada The Star.

Menurut Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), aduan terhadap syarikat telekomunikasi meningkat dalam tempoh dua tahun lepas, dengan caj data mudah alih dan caj 'data roaming' menjadi rungutan utama.

Pengarah CFM Ahmad Izham Khairuddin menambah: "suatu ketika dulu aduan kebanyakannya mengenai liputan yang buruk, tetapi telah berubah sejak 2011."

CFM ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2001.

Dalam kes yang melibatkan pengadu dengan bil berjumlah RM122,703, CFM menjadi pengantara dan pengguna telah diberi diskaun sebanyak 88 peratus, dengan rebat 10 peratus dan peraturan pembayaran separa.

Pengadu, bagaimanapun, masih belum bersetuju dengan penyelesaian tersebut.

Dalam kes lain, Sara Kamal (bukan nama sebenar), 45, mengadu bahawa dia telah dihantar bil berjumlah RM23,000 selepas menggunakan servis 'data roaming' selama empat hari semasa perjalanan urusan perniagaan ke Singapura pada tahun 2011.

"Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana.

Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut," katanya
. -

C&P kelab greenboc

Rabu, 14 Ogos 2013

Aplikasi solat untuk telefon pintar dalam penerbangan

 
 
SINGAPURA - Sebuah syarikat yang berpengkalan di sini melancarkan aplikasi baharu telefon pintar iPhone yang memaparkan waktu solat dan arah kiblat kepada umat Islam semasa mereka menaiki penerbangan.
 
Pengguna perlu memasukkan butiran penerbangan mereka dengan aplikasi tersebut akan menyediakan waktu solat dan arah kiblat untuk perjalanan itu. Aplikasi tersebut dibangunkan oleh syarikat tempatan, Crescentrating yang mengeluarkan sijil halal untuk hotel-hotel di pulau ini.
 
Dinamakan Crescent Trips, ia boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna iPhone.
Ketua Ekekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, aplikasi itu juga akan dapat digunakan untuk telefon pintar perisian android dalam masa beberapa bulan lagi. Tambahnya, bunyi azan akan kedengaran untuk memaklumkan waktu solat kepada pengguna aplikasi tersebut semasa mereka menaiki penerbangan.
 
"Pengembara Islam merangkumi pasaran terbesar yang belum diterokai dalam industri pelancongan pada hari ini," kata Ketua Pegawai Pperasi Crescentrating, Dany Bolduc. Menurutnya, perbelanjaan oleh pelancong beragama Islam berkembang lebih cepat daripada kadar global dan dijangka mencapai AS$192 bilion (RM623 bilion) setahun menjelang 2020 berbanding AS$126 bilion (RM409 bilion) setahun dua tahun lalu. - AFP
 


Jumaat, 15 Mac 2013

Akhirnya Samsung Galaxy S4 dilancarkan - Gunakan teknologi untuk kebaikan! (Video)



Awal pagi ini 15 March 2013 - Samsung Galaxy S IV dilancarkan. Teknologi berkembang pesat. Dunia semakin kecil. Tugas berdakwah menjadi lebih mudah dan berkesan. Gunakan teknologi untuk kebaikan.
 
Hebatnya Allah yang mengilhamkan manusia untuk merekacipta pelbagai jenis teknologi.

 
Otak digunakan untuk mencipta Samsung Galaxy S4. Belum ada manusia yang mampu cipta otak. Hebatnya Allah!!
 
 












Jumaat, 7 Disember 2012

Video - Super Sky Cycle!

 
SUPER Sky Cycle ini bergerak dengan kelajuan maksimum 56 kilometer sejam di udara atau 105 kilometer sejam di jalan raya.
 
AUSTIN (Texas): Terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas bukan lagi halangan untuk Larry Neal dan masalah itu tinggal kenangan sejak dia menggunakan kenderaan roda tiga bermotor. Menurut Neal, kenderaan unik itu membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa berdepan kesesakan.

Apa yang perlu, katanya, cuma hidupkan enjin dan terbang ke destinasi pilihan. Digelar Super Sky Cycle, kenderaan Neal dilengkapi enjin 582 kuasa kuda dan tiga kipas sepanjang 173 sentimeter setiap satu.

Dengan kemudahan itu, Neal boleh terbang setinggi enam meter pada kelajuan maksimum 56 kilometer sejam. Apabila di atas jalan raya, kenderaan itu boleh mencapai kelajuan maksimum 105 kilometer sejam.

 





 

Sabtu, 1 Disember 2012

Awas! penggemar aplikasi Geolocation

 
 
Penggemar kemas kini 'geolocation' mampu undang jenayah harta benda, korporat
 
KUALA LUMPUR - Pemilik telefon pintar yang gemar mengemas kini sistem 'geolocation' mereka melalui laman sosial, berisiko mendedahkan diri mereka kepada jenayah harta benda dan jenayah korporat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata penggunaan aplikasi yang mempunyai akses kepada 'geolocation' di mana pengguna memaklumkan kedudukan serta aktiviti mereka, dikhuatiri membuka ruang kepada berlakunya jenayah seperti pecah rumah dan rompakan.


"Ramai antara penggemar laman sosial suka mengemas kini atau 'check in' lokasi atau kegiatan mereka menerusi aplikasi seperti 'Foursquare', facebook dan sebagainya untuk memberitahu apa yang sedang mereka lakukan dan tempat hotspot yang dikunjungi atas dasar sekadar suka-suka.

"Namun tindakan ini sebenarnya menjadi faktor pendorong kepada risiko dijadikan mangsa jenayah selepas penjenayah memperoleh maklumat sasaran mereka hanya melalui alam siber," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Syed Ismail berkata terdapat juga pengguna laman sosial yang mengemas kini status semasa dengan menyatakan mereka akan meninggalkan kediaman mereka untuk beberapa hari dan tindakan tersebut mengundang risiko kepada keselamatan kediaman mereka.

Beliau berkata apa yang membimbangkan ialah kemungkinan laman sosial mereka dicerobohi dan maklumatnya digunakan penjenayah.

Syed Ismail berkata tindakan mengemas kini kedudukan atau kegiatan semasa juga berisiko mengundang berlakunya jenayah korporat terhadap individu yang memegang status atau jawatan besar dalam sesuatu organisasi.

"Ada pihak cuba mencari maklumat untuk menandingi pesaingnya dan sanggup berbuat apa saja bagi tujuan itu," katanya.

Jenayah korporat dalam dunia perniagaan pula berkemungkinan melibatkan penjenayah melakukannya bagi kepentingan perniagaan seperti mencuri data berkaitan perniagaan dalam usaha untuk mensabotaj pesaing, katanya.

Syed Ismail berkata meskipun setakat ini belum terdapat maklumat atau aduan mengenai kegiatan jenayah seperti pecah rumah atau rompakan disebabkan tindakan mengemas kini status atau kedudukan, namun langkah keselamatan dan risiko penggunaannya harus diketahui pengguna.

Beliau menasihatkan pengguna supaya bijak menggunakan applikasi demikian serta memahami fungsinya.

"Meskipun setiap aplikasi itu ternyata mempunyai kebaikan, tetapi segalanya berbalik kepada pengguna sendiri sama ada ingin menggunakan atau tidak.

"Kalau kita nak guna kemudahan ini kita kena tahu dan faham betul-betul risiko yang mungkin berlaku, kalau kita tidak mahu mengambil risiko kita jangan muat turun," katanya.

Beliau berkata sebanyak 24 kes kegiatan menggodam yang melibatkan kerugian kira-kira RM3.3 juta dilaporkan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Ketua Pembangunan Perniagaan CyberSecurity Malaysia Mohd Anwer Mohamed Yusoff sebagai berkata negara mencatat anggaran kerugian sebanyak RM2.75 bilion dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini akibat daripada jenayah siber khasnya dalam sektor kewangan. - Bernama












Rabu, 28 November 2012

Teknologi CGI VFX dalam pembikinan Filem Fateh 1453



Teknologi penggunaan CGI VFX dalam filem Fateh 1453.
 
Tonton filem Fateh di sini
 

Syok dengar lagu dia.
 





Khamis, 22 November 2012

Video - Telefon bimbit versi boleh lipat



Syarikat Samsung dilaporkan semakin gigih menghasilkan telefon bimbit menggunakan skrin fleksibel dan tahan pecah sehingga ia boleh dilentur, digulung atau dilipat untuk disimpan dalam dompet. Menurut media, syarikat teknologi gergasi Korea Selatan itu kini dalam peringkat akhir pembangunan telefon pintar fleksibel itu dan dijangka sedia untuk dipasarkan tahun depan.

Penemuan terbaru itu dibuat hasil penggunaan diod pemancar cahaya organik (OLED) yang amat nipis dan boleh dipasang pada bahan seperti plastik atau lingkaran tembaga. Sambung bukan satu - satunya syarikat yang membuat pelaburan besar dalam penyelidikan menghasilkan skrin menggunakan OLED.




Sabtu, 4 Ogos 2012

Kreatif! Sejadah bercahaya. [Video]


Bijak dan Kreatif.
Sejadah bercahaya apabila kedudukan arah kiblat tepat 

Sejadah ini dilengkapi dengan gadget untuk mengesan kedudukan Kiblat secara tepat dan akan hanya bercahaya apabila kedudukannya diletakkan dengan betul. Ia dilengkapi dengan pengesan magnetik yang tidak berbeza dengan kompas yang sedia ada sekarang ini dalam menentukan arah kiblat.











 

 
 

Khamis, 7 Jun 2012

Google Earth Versi 2012 bakal dilancar

Teknologi semakin berkembang. Google Earth akan lancar versi terbaru 2012. Lebih canggih.

Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan oleh Google tidak lama lagi pada Google Earth, sekaligus membolehkan anda menikmati pandang pelbagai lokasi pada 45-darjah dalam bentuk 3D. Dengan sokongan StreetView, dan sokongan 3D yang lebih baik pada Google Earth ini, ia semestinya akan terus memudahkan para pengguna dalam bercuti kemana-mana jua dengan mudah, terus daripada pelayar web pengguna.

Rabu, 23 Mei 2012

Menara Telekomunikasi tertinggi di dunia dibuka

SKYTREE kini menjadi mercu tanda Jepun menggantikan Menara Tokyo yang wujud sejak 1958.
TOKYO: Menara tertinggi di dunia dan mercu tanda terbesar Jepun, Tokyo Skytree, dibuka kepada umum, semalam. Hampir 8,000 pelawat dijangka menggunakan lif laju untuk tiba ke dek peninjau terletak di menara setinggi 634 meter itu bagi menandakan pembukaannya.

Sesetengah pelawat dilaporkan berbaris lebih seminggu untuk mendapatkan tiket ke situ walaupun cuaca Tokyo berawan semalam. Skytree diiktiraf menara tertinggi mengatasi Menara Canton di China (600 meter).

Binaan tertinggi di dunia ketika ini ialah Burj Khalifa di Dubai (828 meter). Skytree bertindak sebagai menara pemancar bagi televisyen dan radio, selain menjadi tarikan pelancong. - AP

SK: Video kat bawah ni memang mengujakan. Perlukan ketekunan, teliti dan mengambil masa untuk hasilkan video ini

Jumaat, 18 Mei 2012

Ujian kereta kabel di Sungai Thames


LONDON - Beberapa buah kereta kabel bergerak merentasi Sungai Thames sejauh satu kilometer di sini kelmarin. Ia bergerak dari Semenanjung Greenwich ke Limbungan Diraja dalam satu ujian operasi yang dilakukan oleh para jurutera dan pekerja projek pembinaan kereta kabel itu.

Projek kereta kabel itu ditaja oleh syarikat penerbangan Emirates Airlines. Sebanyak 34 kereta kabel dijangka beroperasi semasa Sukan Olimpik London berlangsung pada Julai depan.  Ketinggian kereta kabel itu dari sungai tersebut ialah 90 meter. - Agensi












Khamis, 12 Januari 2012

Windows 8

Rabu, 4 Januari 2012

Upah Dari Google Adsense & Nuffnang : Haruskah?



(Semua blogger molek baca artikel ini)


Berikut adalah soalan dan jawaban dari Ustaz Zaharudin Abdul Rahman berkaitan Upah Dari Google Adsense & Nuffnang

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih


Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.

Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.

Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.

Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.
Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.

2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.

3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.

Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.

Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.

4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.

KESIMPULAN

Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.

Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

Sekian








 

Pergh!! Kereta Mesra Alam


BEIJING: Seorang pencipta China menghasilkan rekaan baru sebuah kereta yang menakjubkan, yang boleh bergerak di atas jalan tar, pasir, ais dan juga air. Kenderaan itu yang mempunyai kelajuan maksimum 92 kilometer sejam dan beroperasi seperti hoverkraf, boleh bergerak antara permukaan itu tanpa gangguan.

Yuhan Zhang, 21, menghasilkan kereta yang diberi nama Volskwagen Aqua untuk menyertai pertandingan anjuran syarikat pembuat kereta Jerman itu.Ia dilengkapi dengan empat kipas dan digabungkan dengan dua beg angin yang boleh menggelembung untuk membolehkannya bergerak seperti hoverkraf.

Ia juga mesra alam kerana kedua-dua motornya menggunakan kuasa hidrogen tanpa mengeluarkan sebarang karbon. Satu daripada motor itu menggelembungkan ‘skirt’ di sekeliling kenderaan itu untuk membolehkannya terapung sementara

sumber metro








Khamis, 8 September 2011

Lapangan Terbang Angkasa Lepas hampir siap



LAKARAN artis menunjukkan sebuah lapangan terbang angkasa lepas untuk pesawat Virgin Galactic di Las Cruces, Amerika Syarikat.

LAS CRUCES, Amerika Syarikat – Fasa pertama sebuah lapangan terbang angkasa lepas komersial yang pertama di dunia untuk syarikat penerbangan Virgin kini 90 peratus lengkap, lapor sebuah akhbar semalam.

Tapak lapangan kapal angkasa Amerika seluas 728.43 hektar itu di Las Cruces, New Mexico, merupakan milik pemilik syarikat penerbangan Virgin, Richard Branson yang turut memiliki syarikat penerbangan angkasa lepas Virgin Galactic.

Lapangan tersebut mempunyai landasan yang menjangkau hampir 3.21 kilometer dan bangunan hangar yang bercirikan futuristik.

Kerja-kerja pembinaan bakal berakhir menjelang akhir tahun ini dan ia akan digunakan pada 2013.
– Agensi


Jom lihat animasi "Melancong Ke Angkasa Lepas"

Rabu, 20 Julai 2011

Telefon hologram menuju realiti? Lihat video ini


TELEFON hologram akan memancarkan imej video 3D untuk membolehkan anda melakukan sidang video.
 
PERNAH menonton siri televisyen Star Strek? Jika ya, anda mungkin pernah melihat adegan bagaimana krew kapal angkasa tersebut boleh berkomunikasi dengan rakan melalui alat yang membolehkan mereka seakan - akan berada di tempat yang sama. Teknologi yang dikenali sebagai hologram itu akan memudahkan anda berbual mesra kerana imej video rakan anda akan dipancarkan melalui telefon bimbit anda melalui projektor.
Teknologi ini semakin menghampiri realiti memandangkan kini anda telah boleh melakukan persidangan video di telefon bimbit 3G dan teknologi tiga dimensi (3D) juga semakin maju sehingga begitu banyak digunakan di televisyen rumah. Sehubungan itu, di masa depan, teknologi skrin boleh dianggap lapuk kerana kebanyakan alat komunikasi akan mempunyai kemampuan memancarkan imej video bergerak berbentuk hologram.
 
Seorang pereka bentuk, Mac Funamizu misalnya telah mereka reka bentuk konsep Telefon Bimbit Hologram Trou yang menggunakan hologram 3D yang boleh dipancarkan ke kawasan yang kosong.
Projektor kecil yang terdapat pada telefon itu akan memancarkan imej video maya apabila anda menerima panggilan telefon seperti melakukan persidangan video melalui telefon 3G. Rekaan Funamizu ini juga sangat fleksibel kerana telefon itu boleh diletakkan di pergelangan tangan seperti jam tangan dan panggilan boleh dibuat atau diterima tanpa perlu anda membukanya.
 
Funamizu juga telah mencipta telefon boleh dipakai Dew yang akan memaparkan teks dalam bentuk 3D. Telefon itu boleh memaparkan maklumat teks digital seperti waktu, SMS, e-mel dan sebagainya yang dipancarkan daripada telefon dalam bentuk 3D di atas telefon walaupun telefon anda itu tidak mempunyai skrin biasa.
 
Pengguna yang menggunakan Dew di pergelangan tangan boleh menyimpan segala maklumat mereka dengan mudah untuk digunakan apabila diperlukan seperti SMS, e-mel, nota dan sebagainya. Sebuah lagi telefon konsep menggunakan teknologi hologram ialah Cobalto yang menunjukkan ciri-ciri futuristik kerana mempunyai paparan imej 3D secara nyata di hadapan anda.Seperti anda melihat filem 3D, imej di telefon bimbit ini boleh dilihat dari pelbagai sudut yang mana seolah-olah anda di kawasan tersebut.
 
Sekali lagi pereka untuk telefon hologram ini ialah Funamizu yang yakin prototaip telefon ini boleh dibangunkan dalam masa beberapa tahun sahaja lagi kerana perkembangan teknologi 3D yang semakin canggih masa kini. Selain itu, sebuah telefon konsep hologram dikenali sebagai Black Hole juga telah direka untuk menjadi salah satu produk keluaran Apple menjelang 2020.
 
Telefon itu mempunyai bola tetikus di tengah-tengahnya yang membolehkan pengguna mengawal fungsi telefon dan aplikasi dengan hanya menyentuh bayangan di udara.Telefon kecil itu boleh diletakkan di atas tapak tangan anda atau di atas meja untuk membolehkan ia memancarkan butang-butang aplikasi di udara.
Kejayaan syarikat dari India, Infosys mendaftarkan paten untuk pemancaran 3D resolusi tinggi bagi filem, barangan dan imej melalui peranti bergerak baru-baru ini membuktikan teknologi hologram dan 3D maya sememangnya hampir. Penganalisis teknologi meramalkan, sebanyak lapan juta unit skrin 3D akan dipasarkan tahun ini terutama yang digunakan di televisyen, panggung wayang dan sebagainya.

lihat video - bagaimana hologram berfungsi. Teknologi yang menuju realiti?


 
SK: Masih banyak rahsia ilmu Allah yang manusia masih belum mampu bongkar.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 




















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 16 Jun 2011

Teknologi 3D di dinding rumah



Macam - macam cara manusia mencari idea untuk menghiburkan orang. Video ini menunjukkan bagaimana teknologi 3D digunakan untuk menghiburkan orang ramai. Idea gila - gila dan unik.


 


Ahad, 12 Jun 2011

Teknologi sudah semakin canggih - Teruja melihat Motorola Xoom



Teruja bila melihat model terbaru tablet PC keluaran Motorola. Model Motorola Xoom. Ada siapa - siapa yang pernah guna model ni?? Kalau anda pengguna model ni, sila komen sikit. Model ni nampak macam lebih menarik dari Ipad 2. Sebab ada USB port.:)

Jom kita kongsi tengok video ni.