Selasa, 16 Julai 2013

Projek Pembinaan Sekolah Islam Al Farabi di Kampung Jukaing, Daerah Dombai, Wilayah Kg Cham, Cambodia


SIA - Sekolah Islam Al Farabi
 
Al Farabi Consultant and Management telah menubuhkan sebuah sekretariat bagi tujuan pembinaan Sekolah Islam Al farabi di Kampung Jukaing, Daerah Dombai, Wilayah Kg Cham Ia adalah sebahagian daripada program CSR yang dijalankan oleh pihak Alfarabi Consultant and Management dalam rangka untuk membantu umat Islam di Kemboja dalam aspek pendidikan dan pembangunan insan. Kos pembinaan sekolah tersebut dianggarkan menelan belanja sebanyak USD Tiga Puluh Empat Ribu Satu Ratus Tujuh Puluh Dua (USD34,172.00) sahaja.
  • Pihak Sekretariat telah mengadakan kerjasama dengan Persatuan Ulama Kemboja dalam menjayakan program tersebut. Kerjasama tersebut melibatkan pemilihan kontraktor, penyeliaan projek, pemilihan pelajar dan pengurusan sekolah.
  • Sekolah Islam Alfarabi ini akan mengambil pelajar di peringkat menengah sahaja. Ia terbuka kepada semua rakyat Kemboja yang beragama Islam, keutamaan akan diberikan kepada penduduk sekitar Kampung Jukaing,daerah Dombai.
  • Struktur bangunan melibatkan 4 buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Ia didirikan berhampiran sebuah masjid di Kampung Jukaing, daerah Dombai. Ia dibina di atas sebidang tanah wakaf.
  • Pembinaan telah bermula pada bulan September 2012.
  • Pihak kami juga mengalu - alukan sebarang sumbangan daripada pihak mana - mana pihak bagi menjayakan pembinaan sekolah tersebut bagi membantu umat Islam di Kemboja dalam meninggikan lagi syiar Islam dan membentuk generasi umat yang berasaskan pengetahuan Islam yang sempurna.
Segala sumbangan bagi menjayakan projek tersebut boleh disalurkan ke akaun semasa Bank Islam :
 

Alfarabi Consultant and Management
Bank Islam - 14032010018682
JOM!! SERTAI PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH 1435 / 2014 UNTUK MEMBANTU DANA PEMBINAAN DAN PENYELENGGARAAN SEKOLAH INI . EDARAN DAGING KORBAN DI KAWASAN INI. BERMINAT UNTUK MENYERTAI HUBUNGI SK SEKARANG
 






 
 

0 ulasan: