Insyaallah esok , jika dipanjangkan umur, kita akan dapat bertemu dengan hari yang paling mulia iaitu Hari `Arafah pada 9 Zulhijjah 1434. Pada tahun ini, ia jatuh pada 14 Oktober 2013 iaitu hari Isnin.
Pada hari tersebut kita disunatkan untuk berpuasa. Ia khusus kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji. Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:
Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
0 ulasan:
Catat Ulasan