Rabu, 23 Oktober 2013

Tahniah! Kerajaan Brunei laksana hudud


 
Brunei Darussalam akan melaksanakan hukum syariah mulai tahun depan. Pernyataan tersebut disampaikan Sultan Hassanal Bolkiah hari ini selasa, 22 Oktober 2013.

“Dengan akan berlakukanya peraturan ini, alhamdulillah, tanggung jawab kita di hadapan Allah telah tertunai..

Dengan penuh yakin Sultan Hassanal Bolkiah menegaskan bahawa dengan perlaksanaan undang-undang ini nanti tanggungjawab Negara beliau terhadap Allah S.W.T bakal terlaksana.

Hukum syariah yang antara lain pencuri dipotong tangannya, pemabuk di sebat, dan penzina direjam tersebut akan mulai berlaku mulai April tahun depan.

Sebelum ini Brunei juga telah melarang penjualan minuman beralkohol dan penyebaran agama selain Islam.

Sultan Bolkiah menambahkan undang - undang baru itu tidak akan mempengaruhi kebijakan pemerintah secara keseluruhan, termasuk kebijakan investasi asing.

Mufti Brunei, Awang Abdul Aziz, dalam siding media menyatakan hukum syariah “menjamin keadilan bagi setiap orang dan melindungi keberadaan mereka.”
 












0 ulasan: