VIENNA - Sebuah firma Austria akan membina pulau buatan manusia yang boleh terapung tetapi tidak mempunyai enjin. Pulau tersebut bakal dijual pada harga AS$6.5 juta (RM20.5 juta). Menurut pengasas syarikat Orsos, Gabor Orsos berkata, pulau tersebut boleh berlabuh di mana-mana lokasi.
Beliau menyatakan ia turut boleh ditunda ke lokasi lain.
"Minat terhadap pulau itu datang dari serata dunia termasuk Australia, China dan Amerika Syarikat," katanya semalam.
Orsos yang berasal dari Hungary menyatakan pihaknya memperoleh beberapa pembeli berpotensi dari Australia pada minggu depan. Pulau itu dilengkapi dengan panel solar dan generator berkuasa angin. Seramai 12 orang boleh tidur termasuk kru dan keluasannya ialah 1,000 meter persegi.
Pulau pertama itu akan siap dibina dalam tempoh antara 18 bulan hingga dua tahun. Pembinaan pulau tersebut akan dilakukan di Slovakia. - AFP
0 ulasan:
Catat Ulasan