Khamis, 10 Julai 2014

Awas! Sindiket penipuan ketika menginap di hotel




SCAM ALERT: SIAPA sangka kegembiraan bercuti di hotel boleh bertukar musibah apabila anda mungkin kehilangan wang hanya dengan menerima satu panggilan telefon yang didalangi oleh sindiket penipuan.


Kebelakangan ini, terdapat satu sindiket penipuan licik yang memperdaya penginap hotel dengan membuat panggilan ke bilik hotel secara rambang bagi mendapatkan maklumat kad kredit mereka.

Modus operandi yang digunakan:

1. Mangsa menginap di sebuah hotel dan telah membuat pembayaran menggunakan kad kredit.

2. Ahli sindiket akan membuat panggilan ke hotel tersebut sebelum meminta disambungkan ke mana-mana bilik secara rambang.

3. Semasa berada dalam bilik, mangsa menerima panggilan telefon yang kononnya daripada “front desk” hotel, berkenaan masalah pengesahan kad kredit.

4. Ahli sindiket akan memperdaya memastikan mangsa untuk percaya panggilan tersebut adalah daripada “front desk” hotel dengan gaya percakapan yang profesional.

5. Mangsa diminta membacakan semula nombor kad kredit dan membuat pengesahan tiga digit nombor di belakang kad kredit yang telah digunakan.

6. Mangsa yang percaya akan memberikan semua maklumat kewangan yang diminta oleh ahli sindiket.

Nasihat polis:

1. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya menerima apa-apa panggilan yang meminta maklumat kewangan terutamanya maklumat kad kredit.

2. Ambil sedikit masa untuk bertanyakan beberapa soalan kepada pemanggil dan rujuk kepada orang ketiga (ahli keluarga/rakan) sebelum memberikan sebarang maklumat atau respon.

3. Dinasihatkan urusan pengesahan kad kredit hanya dibuat secara bersemuka di kaunter.




S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja



Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


0 ulasan: