Isnin, 25 Julai 2011

Gambar Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bercuti di Teluk Kemang

 Matahari melabuh tirai malam di Teluk Kemang - Jerebu

Ketika SK menulis catatan ini, konvoi Pelajar Tahfiz telah pun selamat pulang dan tiba di asrama penginapan . Maaf! kerana SK tidak berkesempatan update blog ketika berada di Teluk Kemang kerana masalah line internet  yang kurang bagus. 

Cuaca pagi ini amat bagus. Langit biru. Tenang. Cerah. Lewat malam semalam sekitar jam 12.00 tengah malam. angin membadai persisir pantai membawa hujan. Hujan dan angin kuat ini menghilangkan jerebu. Ketika SK bangun dari tidur pagi ini, udara amat segar. SK Sempat berjogging dengan Pak Hashim menyusur pantai. Mengeluarkan peluh. Membuang kalori kambing bakar malam tadi.

Pantai pun lenggang. Tiada pengunjung. Mungkin masih awal pagi. Tidak sibuk semacam petang Ahad semalam.
Langit biru pagi ni.

Pagi ini tidak kedengaran hiruk pikuk bunyi enjin bot menyeret bot pisang. Tiada bunyi riuh anak - anak menjerit bermain bersama keluarga. Semuanya tenang pagi ini. Kelihatan Dino Alhamd mengusung kameranya ke hulu ke hilir di hujung pantai sebelah sana. Entah apa yang dirakamnya. :)

Ni la gambar si Dino Alhamd ambil. :)

Jam 8.30 pagi perlawanan persahabatan futsal pantai diadakan. Anak - anak Tahfiz menunjuk bakat skil bermain bola. Perlawanan persahabatan antara AJK dan Pelajar Tahfiz. Meriah. Aktiviti yang boleh merapatkan hubungan antara AJK Pusat Tahfiz dan pelajar. Letih juga menyepak bola di atas pasir.

Banyak video yang dirakamkan. Insyaalllah ada masa SK akan edit video yang ada.

Pak Hashim berjogging menyusur pantai

Yang menarik , Dino Alhamd turut serta dalam konvoi ini. Banyak ilmu tentang fotografi yang SK dapat belajar dari Otai Photographer ini.


Gambar ni pun boleh jadi subjek otai Photographer Dino Alhamd :)

Rakaman menarik Dino Alhamd




Dino Alhamd Otai Photographer sedang menilai hasil kerjanya. Banyak khazanah gambar - gambar menarik dalam laptop tu. Memang otai berpengalaman.




Jamuan terakhir di R&R Seremban. Berhenti solat zohor dan berjamu. Pekena Ayam masak Lomak. Semua keletihan. Muka masing - masing bertambah hensem selepas dibakar mentari Teluk Kemang.


hihihih


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja












 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: