Sabtu, 12 Mac 2011

Bila Bulan menghampiri Bumi



LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.

Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.

"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.

Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005. - Agensi

SK : Semua itu hanyalah sebab dan akibat, Hakikat sebenarnya semuanya berlaku hanya dengan Kudrat dan Izin Allah. Kita terlalu kerdil untuk Takabbur dan bongkak diri

1 ulasan:

Unknown berkata...

betul tu...

jangan lupa wakilkan negeri masing2 untuk join kempen earth hour kat blog saya...

http://aazzrruull.blogspot.com/2011/03/earth-hour-jom-tutup-lampu-pada-26-mac.html