Jumaat, 23 Mac 2012

Al Quran memberi syaafaat!!




Sabda Rasulullah
Maksudnya: “Pada hari kiamat nanti di syurga akan dikatakan kepada orang yang suka membaca al-Quran, ‘Bacalah dan lembutkanlah. Bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya ketika di dunia! Sesungguhnya kedudukanmu bergantung kepada akhir ayat al-Quran yang kamu baca’.

Orang yang menghafal satu juzuk berada di salah satu tangga syurga. Darjat yang dia dapatkan sesuai dengan banyaknya juzuk yang dia hafal, demikian seterusnya dengan orang yang hafal dua juzuk, tiga juzuk dan seterusnya.

 Di dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 "Pada hari kiamat nanti, di hadapan Allah S.W.T tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Rasullah s.a.w bersabda , Maksudnya :

“Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya “








0 ulasan: