Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah merangkap Bendahari Muslim Care
Tuan Haji Zulkifli Wahijan 2 dari kanan
SEPANG: Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) tampil antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang kini giat mengumpul dana bagi membina semula beberapa masjid yang runtuh di Semenanjung Gaza akibat serangan roket tentera Zionis.
Muslim Care kini giat mengumpul dana termasuk sumbangan daripada pelajar Malaysia yang menuntut di United Kingdom. Timbalan Presidennya, Zulkefli Mohd Nani berkata, dua ahli Muslim Care iaitu Bendahari Agungnya, Zulkifli Wahijan dan Exco Muslim Care, Riduan Mohamad Nor bertolak ke United Kingdom dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam, untuk bertemu pelajar Malaysia di sana.
Menurutnya, rancangan mengutip dana bagi membina masjid di Tebing Gaza itu sudah dirancang sebelum perang meletus 20 November lalu namun ia akan diperhebatkan berikutan beberapa masjid di bandar Gaza dilaporkan musnah.
“Setakat ini, RM100,000 berjaya dikumpul dan kami menjangka mampu memperoleh RM1 juta pada penghujung tahun ini bagi tujuan membina atau membaik pulih masjid di sana,” katanya.Menurutnya, misi itu mendapat kerjasama NGO dan kerajaan Mesir untuk memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah.
Zulkefli berkata, orang ramai masih boleh menyumbangkan wang ke akaun Muslim Care di atas nama Viva Palestin menerusi nombor akuan Maybank, 564490211159 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 26212000004747
Sumber berita harian metro 24 November 2012
0 ulasan:
Catat Ulasan