Jumaat, 23 November 2012

Rumah di tengah lebuh raya!! :)



HANGZHOU: Sebuah bangunan apartmen berada di tengah - tengah sebatang jalan baru dibina apabila sepasang suami isteri warga emas enggan berpindah, lapor media semalam.

Luo Baogen dan isterinya enggan meninggalkan kediaman mereka di bandar Wenling di wilayah Zhejiang, China, walaupun separuh daripada bangunan itu dirobohkan.

Menurut media, pasangan terbabit enggan berganjak daripada keputusan mereka kerana mendapati pampasan disediakan kerajaan tidak mencukupi.

Akibatnya, laluan berkenaan terpaksa dibina mengelilingi apartmen itu dan mewujudkan landskap aneh di bandar berkenaan. Untuk memastikan keselamatan pasangan terbabit, kerajaan memutuskan tidak merobohkan unit bersebelahan kediaman mereka.



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


0 ulasan: