LETUPAN kuat dan asap tebal dapat dilihat dengan jelas selepas Israel meningkatkan serangan udara ke atas bangunan - bangunan milik kerajaan Hamas di Bandar Gaza.
GENTING GAZA - Pesawat tentera Yahudi mengebom bangunan - bangunan milik kerajaan Hamas di sini semalam, selepas kabinet Israel meluluskan kerahan tenaga tentera simpanan sehingga 75,000 orang sebagai persiapan untuk menceroboh dari arah darat
Serangan udara tersebut memusnahkan pejabat Perdana Menteri, Ismail Haniyeh dan Kementerian Dalam Negeri Palestin. Para pegawai di Gaza memberitahu seramai 41 rakyat Palestin, termasuk 20 orang awam yang terdiri daripada lapan kanak-kanak dan seorang wanita mengandung terbunuh sejak Israel memulakan operasi ketenteraannya empat hari lalu. Setakat ini, tiga orang awam Israel terbunuh akibat serangan roket pada Khamis.
Israel menyatakan tentera udaranya telah mengebom sekurang-kurangnya 180 sasaran sejak semalam. Ini termasuklah ibu pejabat polis, bangunan kerajaan, tempat pelancar roket dan sebuah pusat latihan Hamas.
Negara Yahudi itu melancarkan serangan udara secara agresif pada Rabu dengan tujuan menghalang pejuang Hamas daripada melancarkan roket ke wilayah selatannya. Hamas menyatakan komitmen untuk meneruskan konfrontasi ke atas Israel.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memuji usaha Mesir untuk meredakan ketegangan di rantau terbabit. Obama turut kesal atas kematian orang awam di Palestin dan Israel. - Reuters
SK : Lihat video ini. Kisah Mujahidin di Afghanistan. Ceramah oleh Abu Yahya Al Libbiy ketika jenazah para syuhada' di bawa ke markas mujahidin. Dengarkan ceramah motivasi jihad yang disampaikan oleh Abu Yahya. Ceramah ini akan menjelaskan kepada anda mengapa Mujahidin Hamas di Palestin bangun mempertahankan Gaza dari Israel Laknatullah!
0 ulasan:
Catat Ulasan