Rabu, 7 Januari 2015

Menyusuri Perkampungan di sepanjang tebing Sungai Pahang pasca banjir - Misi Bantuan Banjir di Temerloh - Video




Menyampaikan bantuan banjir di Kampung Badok Temerloh

Kami berpeluang sekali lagi turun ke Pahang pada 3 Januari 2015 dalam misi bantuan pasca banjir. Seramai lebih kurang 40 sukarelawan menyertai misi kali  ini. Video ini dapat menggambarkan suasana kampung selepas banjir surut.

Kami menyusuri tebing sungai Pahang dengan kenderaan pacuan 4 roda merentasi kampung Bangau Parit, Teluk Mengkuang, Teluk Ira, Behala Gantang, Kampung Bintang, Kampung Sanggang Seberang sehingga tiba ke Kampung Baduk.

Di sepanjang jalan kami dapat saksikan kerosakan rumah akibat banjir. Ada yang masih ditenggelami air Jalan lecak berlumpur, Kami mengambil kesempatan untuk menyampaikan bantuan makanan dan pakaian kepada tuan rumah yang ditimpa musibah ini.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan menyertai misi ini

Jazakumullah khairal jaza'


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja
Masjid Nurul Iman, Daerah Snoul , Wilayah Keracheh Cambodia

0 ulasan: